Demam Gangnam Style semakin menjadi-jadi dan ramai yang memperkatakan fenomena baru ini dari sudut positif dan negatif. Kalau nak difikirkan dari logik akal manusia yang waras, memang video klip Gangnam Style ada memaparkan bahan yang tidak patut ditonton oleh kanak-kanak. Pergaulan bebas lelaki dan perempuan memang tidak dibenarkan oleh Islam tetapi itu bukan halangan bagi mereka kerana budaya mereka memang tidak terikat dengan larangan tersebut.
Aku ada terbaca satu printscreen yang dikongsi di Facebook yang mengatakan Gangnam Style ini menyesatkan. Sejauh mana kebenaran itu aku tak pasti sebab aku difahamkan Gangnam adalah nama satu tempat di Korea.
Printscreen mengatakan Gangnam Style membawa pada murtad |
Di sini aku cuma ingin membincangkan sudut positif yang boleh dicontohi dari kejayaan muzik ini. Perkara pertama kita boleh lihat ialah rakyat Korea terus menerus berusaha menaikkan nama negara mereka di persada dunia melalui berbagai medium. Tidak kira dari sudut muzik, filem, drama dan artis mereka. Kemunculan banyak parody berkenaan Gangnam Style ini menunjukkan ia memberi pengaruh yang besar dalam kehidupan. Kenapa kita rakyat Malaysia tidak mencipta sesuatu yang boleh menjadi fenomena seperti ini?
Apa saja gaya telah ditag sebagai Gangnam Style |
Dari sudut perlumbaan teknologi pula, Korea memang jauh mengatasi negara kita. Walaupun telah disaman dengan jumlah yang tinggi, Samsung dengan selamba melancarkan gajet-gajet baru yang menjadi buruan penggila gajet. Ini membuktikan mereka tidak takut untuk terus bersaing di peringkat global di samping menjenamakan negara mereka sebagai penghasil gajet yang hebat dan berkualiti.
Samsung Galaxy Note 10.1..menawan.. |
Bidang automobil mereka juga menunjukkan kehebatan dengan pengenalan jentera baru. Mereka tidak pernah sunyi dari produk-produk yang hebat dan mampu memikat hati pengguna di luar sana baik di dalam dan luar negara Korea. Kalau dulu, Hyundai tidak dipandang namun sekarang ia telah menjadi sejarah di mana sekarang mereka mampu bersaing dengan jenama lain dalam memasarkan produk mereka.
Cantik dan menawan |
Alangkah indah jika rakyat Malaysia bersatu hati dalam memajukan negara sendiri dan bersungguh-sungguh menaikkan nama negara seperti rakyat Korea di luar sana.Kita memiliki sumber dan tenaga kerja yang hebat namun ia dipersiakan kerana rakyat kita lebih suka bercakaran sesama sendiri kerana berlainan pendapat. Alangkah ruginya kerana orang lain berlumba-lumba untuk maju tetapi kita masih suka bersengketa yang langsung tidak memberi manfaat dan hasil yang positif untuk kelangsungan hidup generasi akan datang.