Hak Eksklusif Seorang Perokok

Sekadar gambar hiasan
Ya. Betul tu. Anda tidak salah membaca tajuk entri ini. Perokok juga mempunyai hak yang sangat eksklusif di sebalik harga sebatang rokok.

Dengan membayar 50 untuk sebatang rokok, perokok sebenarnya membelanjakan:
  • 24 sen untuk cukai hasil tembakau
  • 14 sen untuk keuntungan pengilang rokok
  • 5 sen untuk peruncit
  • 1 sen untuk keuntungan pemborong/pengedar rokok
  • 1 sen untuk dinikmati penanam/pengawit tembakau
Nilai sebenar sebatang rokok hanyalah 5 sen!!

Setiap penghisap rokok juga mendapat bonus hebat dengan setiap pembelian rokok. Setiap rokok yang dihisap, anda sebenarnya menghadiahkan diri dengan:

  • 20 kali lebih risiko kanser paru-paru
  • 10 kali ancaman penyakit paru-paru
  • 10 kali lebih padah saluran darah tersumbat
  • 4 kali lebih ancaman serangan jantung
  • 2 kali lebih risiko serangan strok
  • 50% risiko kematian akibat tabiat merokok
UPDATE:Anda juga menyumbang kepada tabung Israel
PALING UTAMA, anda juga sebenarnya menghadiahkan penderitaan kepada orang yang selama ini menyayangi anda.

BERHENTI SEBELUM TERLAMBAT!!

Dah macam aku buat iklan pula kali ini. Tetapi itulah maksud aku untuk menyedarkan perokok di luar sana agar menghentikan amalan tidak baik dan membazir ini. Fatwa pun sudah dikeluarkan mengatakan merokok itu haram. Anda masih mahu terus melakukan dosa? Tepuk dada tanya akal. 


{ 11 comments.. read them below or add one }

THE AUTHOR THE AUTHOR October 01, 2012
Alamakk..mula2 baca rasa best kemudian tak best...kikiki
Unknown Unknown October 01, 2012
bro..takpe..ada masa lg utk berubah..hehehehe
Admin Admin October 01, 2012
haha .. yang tulis ni hisap rokok takk? perempuan pun kebanyakkannya tak suka lelaki perokok kan ..
Unknown Unknown October 01, 2012
heh..dengan bangga aku mengatakan aku tak pernah menghisap rokok dan harap aku akan terus tak menghisap rokok.

p/s:jadi 2nd hand smoker de laa
Unknown Unknown October 01, 2012
aku pernah hisap dah dah berhenti...Alhamdulillah...
Unknown Unknown October 02, 2012
alhamdulillah..satu kejayaan tu
AnonymousAnonymous October 02, 2012
kat mane ade jual rokok murah-murah..?
Denaihati Denaihati October 02, 2012
memang eklusif, terbaik buat kempen anti merokok ni.
myliriklagu myliriklagu October 02, 2012
Msg yg simple tapi mendalam. orang kata, bagi makan dalam. haha
Unknown Unknown October 03, 2012
ops..tuan punya blog hebat pon komen..terima kasih...
Unknown Unknown October 03, 2012
mmg makan dalam tp tak tau ade perasaaan atau tak