Misteri Kematian Ketika Menonton Wayang
Ini adalah beberapa kes kematian ketika menonton wayang. Kebanyakannya adalah berpunca daripada masalah kesihatan penonton itu sendiri. Ketawa yang melampau dan keterujaan boleh menjadi pencetus kepada kematian.
Grand Masti
Filem komedi Grand Masti antara naskah yang berjaya pecah
panggung di India pada tahun 2013 dengan jumlah kutipan tayangan seluruh dunia
mencecah AS$22juta (RM89juta). Filem arahan Indra Kumar itu mendapat sambutan
hangat kerana menyelitkan unsur komedi tanpa henti. Namun,di sebalik kejayaan
itu, terdapat satu kes kematian membabitkan seorang remaja berumur 22 tahun.
Mangsa yang mati, Mangesh Gopal mati ketika menonton filem berkenaan akibat
ketawa terlalu kuat sebelum diserang strok dan serangan jantung. Dia yang
dikejarkan ke hospital bagaimanapun disahkan meninggal dunia dan doctor yang
merawatnya memberitahu punca kematian adalah kerana ketawa berlebihan.
Sarang Kuntilanak
Tahun lau, penonton sebuah pawagam di Padang, Sumatera Barat,
Indonesia dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki yang mati di tempat
duduknya selepas selesai tayangan filem seram Sarang Kuntilanak. Mangsa, M.
Afrizal 50 tahun, yang berasal dari Kelurahan Tarantang, Kecamatan Lubuk
Kilangan ditemui tidak bernyawa oleh orang ramai pada pukul 7 malam waktu
tempatan. Berdasarkan laporan polis,punca kematian mangsa diklasifikasikan
sebagai kematian mengejut.
The Dark Knight Rises
Kematian yang berlaku ketika menonton filem The Dark Knight
Rises akan menjadi sejarah yang paling diingati dalam dunia perfileman
Hollywood. Satu tragedi pembunuhan beramai-ramai ketika tayangan perdana filem
itu diadakan di sebuah pawagam di Aurora, Colorado pada 2012. Seorang lelaki,
James Holmes menyerang pawagam berkenaan yang pada ketika itu sedang sesak
dengan ratusan penonton fanatik superhero Batman. Suspek yang membawa selaras
senapang shotgun, rifel dan gas pemedih mata melepaskan tembakan rambang kepada
orang ramai sehingga menyebabkan 12 orang mati di tempat kejadian dan
mencederakan lebih 70 yang lain.Angka berkenaan merupakan jumlah korban
terbesar yang berlaku di pawagam Amerika Syarikat. Manakala suspek yang Berjaya
ditahan di luar kawasan pawagam berkenaan bagaimanapun mengaku tidak bersalah
tetapi akhirnya dikenakan hukuman penjara seumur hidup tanpa parol.
Avatar
Filem sains fiksyen arahan James Cameron, Avatar, pernah
mengorbankan seorang lelaki tua di Taiwan.Ketika kejadian yang berlaku pada
2010 itu, mangsa yang bernama Cuo, 42 tahun, diserang strok secara tiba-tiba
akibat terlalu teruja melihat hasil kesan khas 3D dalam filem berkenaan. Doktor
yang merawat mangsa memberitahu, tidak mustahil punca kematian lelaki tersebut
berlaku kerana terlalu teruja melihat watak fiksyen berwarna biru menunggang
naga. Mangsa yang menghidap penyakit tekanan darah tinggi akhirnya meninggal
dunia selepas 11 hari bertarung nyawa di hospital. Hasil bedah siasat mendapati
mangsa mati akibat pendarahan otak yang serius.
Black Swan
Mati ditembak kerana mengunyah bertih jagung terlalu kuat!
Itulah fakta pembunuhan yang terjadi di dalam panggung wayang. Kejadian itu
berlaku kepada seorang lelaki berusia 42 tahun ketika dia sedang menonton
wayang Black Swan di sebuah pawagam di Republik Latvia, wilayah Baltic di utara
Eropah. Menurut laporan daripada pihak polis, mangsa ditembak oleh seorang
pemuda berusia 27 tahun yang tidak tahan mendengar bunyi bising yang keluar
daripada mulut mangsa. Disebabkan enggan mengaku salah dan menolak untuk
memohoh maaf, ia mendorong suspek mengeluarkan sepucuk pistol sebelum menembak
mati mangsa di tempat duduknya. Menurut rekod, suspek merupakan bekas graduan
Akademi Polis Latvia dan pemegang ijazah dalam bidang undang-undang.
Sumber: Kosmo, Sabtu 25 Jun 2016
click the icon and copy the shortcode
To insert emoticon you must added at least one space before the code.