Ulek Mayang ialah tarian tradisional Melayu yang berasal dari negeri Terengganu, Malaysia. Ia merupakan sejenis tarian penyembahan di mana sebuah lagu unik dinyanyikan dengan iringan orkestra Melayu yang terdiri dari gendang, gong, biola dan akordian
Asal Usul Ulek Mayang
Ada banyak versi legenda Ulek Mayang, menurut salah satu darinya,
tarian ini berasal dari upacara rawatan kuno yang dilakukan oleh seorang
bomoh ke atas seorang nelayan
yang berada dalam keadaan tidak sedar, dipercayai telah dipukau oleh
seorang puteri laut yang jatuh cinta padanya. Percubaan bomoh untuk
membawa balik roh nelayan itu menyebabkan puteri itu menyeru 5 lagi
saudaranya untuk melawan bomoh tersebut. Pertarungan di antara si bomoh
dan keenam-enam puteri berlanjutan sehingga kemunculan puteri yang
ketujuh dan paling sulung.
"Ku tahu asal-usulmu” kata puteri sulung dan beliau memerintahkan
semua orang, "Yang laut balik ke laut, yang darat balik ke darat".
Bomoh yang terhutang budi dan rakan-rakan nelayan menyampaikan
sembahan nasi berwarna kepada sang puteri, satu upacara yang kekal
diamalkan sehingga kedatangan Islam, untuk menunjukkan rasa terhutang
budi kepada semangat-semangat laut.
Lagu Ulek Mayang adalah lagu unik yang mengiringi tarian ini. Lagu ini
didakwa oleh sesetengah rakyat Malaysia sebagai berhantu kerana selain
dari asal usulnya sebagai lagu pemujaan, iramanya juga dikatakan agak
menyeramkan. Walau bagaimanapun, ada beberapa interpretasi kontemporari
untuk lagu ini sama ada di dalam filem atau lagu-lagu baru. Diva rock
Malaysia, Ella pernah menyanyikan lagu ini dalam versi rock, sementara kumpulan thrash metal Malaysia, Cromok pernah mengeluarkan beberapa versi instrumental untuk lagu ini.
Ulek mayang ku ulek
Ulek dengan jala jemala
Ulek mayang diulek
Ulek dengan tuannya puteri
Ulek mayang diulek
Ulek dengan jala jemala
Ulek mayang diulek
Ulek dengan puterinya dua
Puteri dua berbaju serong
Puteri dua bersanggol sendeng
Puteri dua bersubang gading
Puteri dua berselendang kuning
Umbok mayang diumbok
Umbok dengan jala jemala
Nok ulek mayang diulek
Ulek dengan puterinya empat
Puteri empat berbaju serong
Puteri empat bersanggol sendeng
Puteri empat bersubang gading
Puteri empat berselendang kuning
Umbok mayang diumbok
Umbok dengan jala jemala
Nok ulek mayang diulek
Ulek dengan puterinya enam
Puteri enam berbaju serong
Puteri enam bersanggol sendeng
Puteri enam bersubang gading
Puteri enam berselendang kuning
Umbok mayang diumbok
Umbok dengan jala jemala
Nok ulek mayang diulek
Ulek dengan puterinya tujuh
Puteri tujuh berbaju serong
Puteri tujuh bersanggol sendeng
Puteri tujuh bersubang gading
Puteri tujuh berselendang kuning
Umbok mayang diumbok
Umbok dengan jala jemala
Nok ulek mayang diulek
Ulek dengan tuannya puteri
Tuan puteri berbaju serong
Tuan puteri bersanggol sendeng
Tuan puteri bersubang gading
Tuan puteri berselendang kuning
Umbok mayang diumbok
Umbok dengan jala jemala
Nok ulek mayang diulek
Ulek dengan tuannya puteri
Ku tahu asal usul mu
Yang laut balik ke laut
Yang darat balik ke darat
Nasi berwarna hamba sembahkan
Umbok mayang ku umbok
Umbok dengan jala jemala
Pulih mayang ku pulih
Pulih balik sedia kala