Legoland Malaysia



Aku berkesempatan untuk mengunjungi Legoland Malaysia pada 2 September baru-baru ni. Jadi aku rasa nak bercerita dan komen sikit pasal taman tema yang bakal menjana ekonomi negara.

Semua pengunjung dibenarkan masuk pada jam 10.00 pagi. Keadaan masa tu memang sesak dan cuaca pun agak panas namun ia tidak menjadi halangan buat semua pengunjung. Sebaik sahaja melintasi pintu masuk, taman tema ini telah menyediakan customer service center di sebelah kanan dan bertentangan dengannya pula ialah tandas. Satu strategi yang baik untuk memenangi hati pengunjung.

Kawasan Legoland ni sangat besar dan tidak semua permainan yang disediakan boleh diguna kerana masih di dalam fasa percubaan. Aku tidak berkesempatan untuk naik roller coaster yang dipanggil The Dragon. Maklumat dari pekerja di situ, The Dragon adalah permainan yang paling mengujakan di Legoland ni. Kawasan persekitaran dihiasi dengan patung-patung yang diperbuat daripada Lego yang dibina mengikut tema kawasan itu. Contohnya The Dragon, kawasan itu dihiasi dengan patung pengawal istana dan kawasan padang pasir dihiasi dengan patung unta dan firaun.



Selain itu, terdapat juga maskot Lego yang berjalan-jalan untuk menghiburkan kanak-kanak dan memberi peluang kepada semua pengunjung untuk bergambar dengannya. Badut-badut juga kelihatan di beberapa tempat dan ini semua adalah sebagai tarikan kepada kanak-kanak khasnya.




Kemudahan awam yang disediakan juga bagus dan ditunjukkan dengan papan tanda yang memudahkan pengunjung. Surau yang disediakan agak besar dan selesa cuma pada peringkat awal ini masih kekurangan sejadah walaupun surau tersebut berlantaikan mosaic sepenuhnya.


Terdapat beberapa kedai yang menjual makanan dan minuman dengan harga yang 'boleh tahan'. Berpeluh juga nak membayar kalau berkunjung ke Legoland ni dengan keluarga yang agak besar.

Kesimpulan aku, Legoland akan menarik minat pengunjung dalam dan luar negara yang pasti akan merancakkan lagi kegiatan ekonomi. Pembukaan Legoland ini juga membuka peluang pekerjaan kepada anak tempatan daripada terus menganggur. Permainan yang disediakan kebanyakkannya adalah tertumpu lebih kepada kanak-kanak jika dibandingkan dengan Genting Highland. Walau apa pun, aku seronok berkunjung ke sini dan jika ada rezeki lebih mungkin aku akan datang lagi.


4 comments.. read them below or add one

Ummi Hanie Ummi Hanie September 26, 2012
bestnye dah pegi... lama x naik roller coaster
THE AUTHOR THE AUTHOR September 26, 2012
Plan nak pergi hujung tahun ini...
Unknown Unknown September 27, 2012
aku dh serik..tak best sgt bg aku..better genting..
AnonymousAnonymous October 02, 2012
kt mana lego land ni bang..? xpenah dengar...