Siapa pemuda yang bernama Daniel Tyler ini? Siapakah beliau?Seorang pemuzik? Pelukis jalanan? Ahli fizik? Pemuda romantis? Semuanya bukan, dia ialah seorang pelancong asing yang telah jatuh cinta dengan keindahan dan keagungan ciptaan Allah iaitu Pulau Kapas di Terengganu.
DANIEL TYLER. Pemuda berasal dari Bristol, England. Bercuti di Pulau Kapas setelah dicadangkan oleh kawannya setelah bercuti di Thailand.Keindahan dan kemesraan para penduduk di Pulau Kapas telah mencuri hati Daniel Tyler untuk terus tinggal di sana.
Keunikan Daniel Tyler ialah,dia mampu untuk bertutur dialek Terengganu dengan lancar dan untuk memungkinkan perkara itu,Daniel Tyler telah mengambil masa 4 sehingga 5 tahun untuk benar-benar fasih dalam bahasa Terengganu. Sepanjang di Pulau Kapas,itulah bahasa pertuturan seharian sehingga menyebabkan dia sukar untuk berbual dalam bahasa Inggeris.Ketika di Pulau Kapas,persekitarannya adalah Melayu Islam dan ini telah menyebabkan dia terbuka hati untuk memeluk agama Islam dengan nama Kareef Daniel Abdullah atau kini lebih dikenali dengan panggilan MAT DAN. Ya, Mat Dan pemuda Bristol yang fasih berbahasa Terengganu.
Mat Dan bertangan kidal dan ketika mula-mula belajar makan nasi di Pulau Kapas,dia menggunakan tangan kiri. Perbuatan ini ditegur oleh penduduk di sana dan sekarang Mat Dan boleh makan nasi menggunakan tangan kanan. Alah bisa tegal biasa,begitulah Mat Dan yang semakin menghayati kesopanan dan tatasusila orang Melayu.
Dah pandai makan nasi guna tangan kanan |
Terbaru, Mat Dan akan mengacarakan satu rancangan pengembaraan yang diberi tajuk #Haramainbackpackers. Beberapa sedutan daripada rancangan tersebut seperti video di bawah;
Pembaca juga boleh menonton video yang lain di Sini dan juga Sini . Kllik Kompilasi Mat Dan Cakap Terengganu untuk lebih banyak videonya.