|
Manchester United Vs Chelsea |
|
|
|
van Persie meraikan jaringan |
Keputusan perlawanan Manchester United lawan Chelsea di Stamford Bridge menyaksikan tuan rumah tumbang kepada pelawat dengan jaringan 3-2. Permainan bermula pantas dan United membuka jaringan seawal minit ke4 selepas rembatan deras Robin van Persie terkena tiang gol dan tertampan kepada David Luiz sebelum bola melantun masuk ke gol. United terus mendominasi permainan apabila Robin van Persie sekali lagi menjadi duri dalam daging, dengan merembat kencang bola hantaran Antonio Valencia. Chelsea merapatkan jurang gol dengan Juan Mata melakukan tendangan percuma yang terus menerjah jaring United.
|
Torres dive..kejinya... |
Separuh masa kedua bermula dengan kedua-dua pasukan tidak melakukan pertukaran pemain. Minit 53 menyaksikan Ramires menanduk kencang bola ke gawang United tanpa sempat dihalang oleh De Gea. Permainan semakin panas apabila kedua-dua pasukan saling berbalas serangan. Pemain gantian United, Chicharito akhirnya menjadi hero United apabila hanya perlu menampan bola untuk melakukan jaringan kemenangan Red Devils. Chelsea tempang dengan meneruskan permainan dengan 9 pemain setelah Branislav Ivanovic dan Fernando Torres dibuang padang. Ivanovic dibuang padang kerana mengasak keras Ashley Young dari belakang manakala Torres menerima kad kuning kedua selepas merebahkan badan ketika diasak Johnny Evans.
Aku pasti ramai penyokong Chelsea yang meradang dan menuduh United bermain dengan 12 pemain termasuk pengadil perlawanan. Semua ini kedengaran apabila United menang ke atas pasukan yang kuat sedangkan tiada langsung tuduhan keji dilemparkan kepada pasukan yang berjaya mengalahkan United. Semoga semua penyokong bertindak matang dan tidak terlalu mengikut perasaan apabila pasukan pilihan mereka kalah. Kalah menang adat permainan dan tidak perlu menyalahkan sesiapa lantaran kekalahan pasukan sendiri. Ambil yang positif dan terus bersukan dengan cara yang sihat.