Badrul Hisham si Penjual Insurans yang Prihatin

Assalamualaikum...salam bulan Ramadhan dan hari Isnin.. Monday blues la sangat kan.. Kena seronok datang keje..dikira ibadat..Nabi kita pun dilahirkan pada hari Isnin..so semangat-semangat..
Hari ni aku akan perkenalkan satu lagi perkataan Terengganu. Hebat perkataan ni dan hanya terpakai pada mereka yang layak sahaja.

Apa perkataan tersebut?

MEGGANG - king, terhebat,paling tersohor



Contoh ayat

Terengganu:

Badrul Hisham si Penjual Insurans : Weh Mat Lazim, mung jangang wat enjek ke sek Duang Cicok tu, ye sek meggang bas steng. Kekgi saje je mung kene bahang nge sek die. Jangang wat panda-panda. Aku ari tu napok ye katok anok cine sebak kecing dalang tong sapoh tepi tesseng bah.

Mat Lazim si pakar automotif : Aku bukang wat enjek pong..nok lalu kut tangga tu je. Tangga tu bukang hok dia buat pong. Takdop pong name Duang Cicok situ.

Translate:

Badrul Hisham si Penjual Insurans : Woi Mat Lazim, kau jangan buat kurang ajar pada geng Duan Cicak tu, dia king di Bus Station. Nanti saje je kau kene pukul dengan geng dia. Jangan memandai. Hari tu aku nampak dia pukul anak cina sebab kencing dalam tong sampah tepi stesen bas tu.

Mat Lazim si pakar automotif : Aku bukan nak biadap pun. Nak lalu ikut tangga tu je. Tangga tu bukan dia buat pun. Takde nama Duan Cicak di situ.

Di sini, Duan Cicak adalah orang yang berkuasa di kawasan stesen bas. Jika ada yang berbuat biadap, dia akan dipukul tetapi tidak ada orang yang berani menghalang. Hanya polis sahaja yang mampu untuk meleraikan masalah itu.

Ape pula perkataan untuk seumpama ini di negeri anda?





0 comment... add one now