Raver Si Sotong Vs Hipster Bermisai Lentik

Semenjak kebelakangan ini, ramai kawan facebook aku berkongsi kisah pergaduhan antara budak-budak raver dengan budak-budak hipster. Aku menjadi bingung dan berasa ingin tahu apakah itu raver dan hipster. Malaysia telah mengalami berbagai-bagai perubahan budaya dan trend di kalangan anak muda dan sekarang trend raver serta hipster sedang hebat melanda bumi Malaysia ini sehingga menyebabkan berlakunya pertelingkahan sesama mereka. Sebelum aku menulis artikel ini, aku melakukan beberapa carian berkenaan raver dan hipster dan carian yang aku rasakan agak kukuh berkenaan maksud RAVER dan HIPSTER itu sendiri dari laman astroawani.


Oversea Raver..bukan di Malaysia..dah macam orang sewel
RAVER

1. Berasal daripada perkataan rave, yang dari segi bahasanya membawa maksud percakapan yang merepek, meracau atau menggambarkan keghairahan dan keterujaan ketika memperkatakan tentang sesuatu.


2. Namun dari segi istilah, Rave adalah akronim Radical Audio Visual Experience, yang mula diperkenalkan di Chicago, Amerika Syarikat pada tahun 1980.

3. Budaya atau idealogi rave merangkumi jenis muzik yang berentak rancak (kebiasaannya muzik elektronik bersama DJ) dan budaya berparti serta bersuka-ria hingga ke awal pagi.

4. Rave, ketika di era 80an dan 90an, diklasifikasikan sebagai satu bentuk hiburan yang menyalahi undang-undang di banyak negara. Ini kerana, kebanyakan aktiviti yang dianjurkan melibatkan penyalahgunaan dadah.

5. Lokasi parti rave biasanya dirahsiakan sehinggalah pada hari ia berlangsung.

6. Inspirasi tarian rave adalah bebas, di mana penari perlu menghayati muzik yang dimainkan dan menggerakkan badan mengikut cara masing-masing.

7. Dari segi pemakaian, gaya pakaian longgar, kasual dan sporty antara yang menjadi pilihan. Di sesetengah lokasi konsert rave, syarat lebih ketat dikenakan dengan hanya pakaian berwarna hitam dibenarkan.

Parti budak raver

Mengikut watermark, gambar adalah dari Northern Ravers Photography
Adakah kesemua trend perlu ada parti macam ni?





HIPSTER

1. Satu budaya yang sudah wujud sejak tahun 1990an namun hanya mula mendapat perhatian sekitar pasca 2010.
2. Dalam bahasa mudah, Hipster adalah golongan dalam kelas ekonomi pertengahan yang memilih untuk hidup mewah.

3. Ia merangkumi gaya pemakaian, tempat makan dan dengan siapa mereka bergaul.

4. Golongan ini juga dikenali dengan kegemaran 'unik' mereka. Mereka kebiasaannya akan memilih sesuatu yang lain dari yang lain, yang tidak akan dipilih oleh orang biasa.

5. Seperti juga Raver, Hipster punya corak muzik dan gaya tarian tersendiri. Namun ia bukan ciri penting mereka kerana Hipster lebih mementingkan soal gaya dan fesyen.

6. Hipster selalunya akan menonton filem yang tidak akan ditonton orang lain, dan mendengar muzik yang tidak akan menjadi pilihan masyarakat mainstream.      

Fesyen lelaki hipster
                                       
Apa yang menjadi kebingungan aku ialah kenapa raver dan hipster ini bergaduh dan mendabik dada mengatakan bahawa masing-masing adalah paling hebat dan stylo serta mengikut arus semasa. Sedarkah mereka bahawa kedua-dua trend ini adalah dari barat dan tidak perlulah masing-masing berbangga dengannya. Mereka perlu berasa malu kerana rakyat Malaysia paling hebat dalam meniru trend dari Barat tanpa memikir baik dan buruk sesuatu perkara itu.
Ravers vs Hipster

Bertempur kepala bana ko..orang bertempur pertahanankan agama dan negara la
Dari dua screenshot ini, aku dapat mengatakan bahawa geng ravers adalah dari golongan budak-budak sekolah baru nak mengenal dunia. Tengok kepada gaya penulisan pun memang macam budak tak cukup akal lagi. Page JOM COUPLE tapi ajak orang bertempur kerana sayangkan ravers. Alahai, matilanak..teruk sangat golongan ravers ni. Orang lain bertempur nak selamatkan akidah dan negara dari penjajah tapi ravers sibuk nak pertahankan trend yang tak mendatangkan apa-apa manfaat pada pembangunan negara. Ravers juga bangga dengan tarian Boek yang mana gerakan tarian ini seolah-olah sotong seperti yang digelar oleh para netizen. Tarian yang tiada arah tuju, tiada makna, tarian yang mana mungkin menjadi kejelikan kepada pendokong seni sendiri.
Ravers di sekolan..macam mana boleh diluluskan oleh pengurusan
Berbeza pula dengan golongan hipster, carian yang aku lakukan di Google tidak memaparkan cara pemakaian yang menjolok mata dan boleh mendatangkan kebencian masyarakat. Tiada gambar parti liar bercampur gaul secara terlalu bebas antara lelaki dengan perempuan. Hipster lebih tertumpu kepada fesyen dan gaya hidup sahaja. Muzik bukan menjadi elemen penting dalam trend hipster ini dan hipster kelihatan lebih maju dan berdaya saing kerana mereka terlibat dalam dunia perniagaan yang mana lebih mendatangkan faedah dan kebaikan kepada mereka.

Lebih berfaedah daripada menghadiri parti liar
Boleh cuba!!
Agak mengarut tapi inilah hipster 

Kesimpulannya, aku merasakan hipster agak moden dan lebih bertamadun berbanding ravers yang kehidupan seperti membuta tuli sahaja. Hipster lebih mementingkan gaya dan fesyen serta lebih maju berbanding ravers yang lebih mementingkan tarian sotong dan kehidupan yang huru hara tanpa arah tujuan. Namun begitu, bagi aku yang tidak terikat dengan hipster apatah lagi ravers, kekalkan identiti sendiri. Tidak perlu kita mengikut arus budaya yang tidak sihat dan bertentangan dengan agama, budaya dan perilaku normal manusia. Aku jenis yang simple, berseluar jeans dan berkemeja-T. Tiada tarian bodoh yang perlu diperjuangkan. Tidak perlu membeli baju dan seluar yang singkat untuk mengikut trend. Tidak perlu bergaduh untuk mengekalkan trend.

2 comments.. read them below or add one

Nadiaafarhanaa Nadiaafarhanaa July 25, 2016
Tak paham geng geng nieh hahaha. Macam macam ragam.
AnonymousAnonymous July 26, 2016
ragam budak baru nk up...mmg mcm tu..sewel tak tentu pasal