Tips Isi Minyak Kereta Yang Betul


Sekadar gambar hiasan



Hari ni rasa nak berkongsi sedikit tips bersama pembaca semua. Tips ni aku dapat daripada bekas pekerja Petronas. Bukan dari Bangla yang kerja kat stesen minyak Petronas tu tapi dari pekerja Petronas yang level atas-atas. Kadang-kadang orang tak tau cara sebenar untuk isi minyak pada kenderaan sendiri. Tips ini nampak mudah tapi menjamin untuk kita mendapat sepenuhnya setiap titik minyak dengan jumlah yang kita bayar.

Aku bagi contoh mudah, tempat mengisi minyak bagi Proton Waja ialah di sebelah kanan,jadi bila hendak mengisi minyak pastikan anda parking kereta seperti di dalam gambar,aku tak pandai nak buat ayat pasal parking tu. Dengan cara ini, hos itu akan menjadi tegang dan semua minyak akan terus mengalir masuk ke tangki tanpa ada minyak yang berbaki di dalam hos. Sekiranya hos tersebut dalam bentuk U, tidak semua minyak akan dialirkan ke dalam tangki kereta kita. Pernahkah anda perasan ketika kita mengangkat nozzle, ada baki minyak yang terkeluar. Itu adalah baki minyak dari pengguna yang telah mengisi minyak sebelum ini. Kalau nak lagi pasti yang hos tu tegang, boleh buat macam gadis dalam gambar.
Siap pinjam hos sebelah
Semoga perkongsian ini dapat menjadi ilmu yang bermanfaat untuk semua dan jangan lupa, PANDU DENGAN CERMAT SEMPENA MUSIM PERAYAAN INI.


4 comments.. read them below or add one

AnonymousAnonymous October 24, 2012
HAHAHHAA...kete yang atas tu mcm kenal je...
THE AUTHOR THE AUTHOR October 27, 2012
Hihihihi..bro ini betul ker atau lawak2.....
Kang aku nak cuba.....
Unknown Unknown October 29, 2012
ini seyes bro..yg aku tempek gambo pompuan bawah tu mmg nmpk lawak sikit tp info ni serius gile
AnonymousAnonymous July 02, 2013
yeke..? aku dh tgk kat nozle tu.. alat utk sukat brpe minyak yg kite beli duduk kat muncung nozel tu.. bukan duduk dpt pangkal pipe die.. so xde masalah kalau pipe die melengkung pun..