Promote Minuman Keras |
Salam tengahari semua. Hari ni rasa terpanggil untuk bangkitkan satu perkara yang aku rasa amat penting bagi orang Islam. Ketika aku sedang semak status update kawan-kawan di Facebook, aku terperasan satu iklan berwarna hijau. Perkara pertama bermain di kepala aku, itu ialah promosi filem terbaru agen perisik Britain terhebat James Bond:Skyfall. Tergerak juga di hati aku untuk Like tetapi setelah aku teliti, rupa-rupanya ia adalah iklan untuk arak jenama Heineken. Sungguh tidak patut kerana aku hampir terkeliru dengan penampilan gambar yang dipamerkan. Apa akan jadi sekiranya aku Like gambar tersebut, pasti kawan-kawan akan melihat aku Like Heineken. Malunya kerana orang Islam Like minuman haram ini. Semoga kita semua akan lebih berhati-hati dan teliti ketika Like apa sahaja iklan di Facebook.