Ustaz Azhar Idrus Mengganas di Astro Oasis


Astro Oasis di saluran 106 telah mengambil inisiatif yang sangat membanggakan apabila telah menyiarkan rancangan kuliah agama yang dikendalikan oleh penceramah yang sangat luar biasa hebat, Ustaz Azhar Idrus (UAI). Rancangan bertajuk KEMAH KEMING ini telah disiarkan mulai 3 Julai 2012 dan sangat mendapat sambutan kerana reputasi Ustaz Azhar Idrus yang sangat terkenal di Youtube sehingga digelar Ustaz Youtube. Selain itu, UAI juga menggunakan dialek Terengganu ketika menyampaikan kuliah beliau. Cara penyampaian yang bersahaja dan penggunaan contoh yang ringkas serta lucu bagi setiap permasalahan dalam agama membuatkan semua pendengar dan penonton ketawa besar. Menurut beliau, cara begitu adalah lebih digemari oleh anak-anak muda dan secara tidak langsung menjadi perangsang bagi muda-mudi untuk terus mendengar kuliah beliau.

Selain tinggi dengan ilmu keagamaan, UAI juga meminati bidang fotografi dan selalu memuatnaik gambar-gambar yang diambil oleh beliau di laman sesawang beliau. Beliau juga minat mengayuh basikal seperti anak-anak muda dan ini menjadikan beliau seorang penceramah yang sangat disenangi di kalangan belia. Walaupun dikaitkan dengan parti pembangkang, namun peminat UAI tidak mengira parti dan umur. Ini adalah satu contoh yang baik dalam menyatukan umat Islam yang telah berpecah belah kerana berlainan fahaman politik. Semoga dengan usaha murni Astro Oasis ini akan menjadi satu medium dan landasan untuk para penganut agama Islam lebih memahami dan mendalami tentang agama Islam.

AMARAN!!: Para penonton yang bukan dari Terengganu, mungkin korang takkan faham beberapa perkataan dalam dialek Terengganu yang agak pekat dan perlukan penterjemah untuk memahaminya.

4 comments.. read them below or add one

Unknown Unknown November 14, 2012
wow...xsabarnya nk tgkkk
THE AUTHOR THE AUTHOR November 14, 2012
Bulan lepas pergi tgk ceramah beliau di Melaka.
Penuh dgn anak muda...Ini baru betul bro!!!
Unknown Unknown November 16, 2012
bro..konfem bukan adik bradik ngan ustaz ni?? hehehe