Ais Krim Percuma Baskin Robbin



Heboh diperkatakan yang Baskin Robbin nak bagi aiskrim percuma kalau LCW dan PRM dapat pingat emas. Dengarnya ramai yang berduyun-duyun ke kedai BR tu semata-mata nak makan aiskrim percuma. Adoi..aku bukan nak mengutuk atau mengata tapi kalau semua dah beratur panjang setakat nak dapat satu scope saja, baik pergi ke Giant ke, Tesco ke beli satu bekas besar aiskrim. Lagi puas hati sebab dapat makan banyak. Mereka tak fikir ke kos minyak dan masa untuk ke kedai BR tu? Tak berbaloi sangat bagi aku. Lainlah kalau kedai BR tu betul-betul depan rumah,memang patut pun kalau nak pergi.



Nanti mesti ada yang kutuk-kutuk aku sebab buat post macam ni. Tapi ada ke aku nak ambil kisah. BR tu kalau ikhlas nak bagi percuma, bagi je bila-bila masa. Tambah lagi sekarang ni bulan Ramadhan, keluar sikit dari tabung untung tu bagi aiskrim percuma tanpa mengira atlet kita menang apa-apa pingat pun. Barulah pelanggan nampak sikit ikhlas tu.


0 comment... add one now