Ramadhan Terakhir Seorang Kawan

Hari ini 1 Syawal 1433 ialah Hari Raya Aidifitri bagi semua umat Islam. Ia memang hari untuk kita semua bergembira setelah berjaya mengharungi sebulan puasa pada bulan Ramadhan. Namun hari ini juga menjadi hari kematian bagi sahabat aku. Beliau meninggal dunia dalam tidur pada awal pagi 1 Syawal ini. Arwah yang mengidap agak banyak penyakit sebelum ini telah dimasukkan ke wad selama seminggu pada awal Ramadhan. Aku agak terkilan kerana tidak sempat untuk berjumpa dengan arwah. Arwah adalah seorang kawan yang baik dan selalu menjadi tempat rujukan aku sekiranya aku menghadapi masalah dengan komputer.

Arwah telah aku kenali sejak aku berumur 9 tahun dan keluarga arwah juga merupakan kawan kepada keluarga aku. Arwah pergi setelah selesai tanggungjawab berpuasa di bulan Ramadhan. Ini merupakan Ramadhan terakhir bagi arwah. Aku sedekahkan Al-Fatihah dan Yasin untuk arwah. Semoga arwah ditempatkan bersama golongan yang beriman.

Selain itu, berhampiran dengan rumah arwah juga berlakunya kematian. Kematian kerana kemalangan dan aku merasakan memang patut mereka menerima akibat tersebut. Pada pagi raya ketika kita semua sibuk berkunjungan, mereka mencabar maut dengan berlumba di jalan raya. Satu kemalangan maut dan satu lagi kemalangan biasa. Namun khabarnya, mereka yang menyaksikan kemalangan itu cuma melihat dan tidak membantu mangsa sebaliknya membiarkan mangsa terbaring di jalan. Aku rasa mereka memang tidak mahu menolong kerana menyampah dengan perlakuan bodoh mangsa yang berlumba di jalanan.



0 comment... add one now