Remaja Melayu Bangga Makan Pada Bulan Puasa


Kisah ini berlaku pada bulan Ramadhan yang lepas. Aku pun bukan yang alim sangat tapi aku tahu juga mana yang asas dalam agama Islam ni.

Peristiwa memalukan ini berlaku di McDonald di sebuah bandaraya. Aku tengah berbaris di McD yang sama untuk belikan anak aku Happy Meal. Kemudian ada 4 orang anak gadis Melayu yang aku anggarkan cukup akal untuk membezakan mana yang baik dengan yang buruk pun berbaris sama. Banyak yang mereka beli dan semuanya dipesan untuk takeaway. Aku fikirkan mereka akan terus beredar setelah mendapat pesanan mereka tetapi yang amat memeranjatkan aku, mereka terus duduk di dalam McD tersebut dan terus makan minum seperti bulan-bulan yang biasa.

Adakah mereka tidak merasa malu pada semua pelanggan yang ada di McD tersebut. Kalau mereka haid pun, perlu ke mereka makan secara terang-terangan sebegitu tanpa mempedulikan orang yang melihat mereka. Adakah mereka tidak belajar cara menghormati bulan Ramadhan? Sepatutnya mereka makan di tempat yang tersembunyi dan jauh dari mata orang yang berpuasa. Secara automatik, mereka telah menghina maruah agama Islam dan memberikan gambaran negatif pada mata bukan Islam. Sudahlah Islam dihina dan dikeji di luar negara, di Malaysia sendiri, orang Islam yang menjatuhkan maruah Islam.

Aku menjeling dan melihat pada mereka dengan harapan timbul sedikit perasaan malu untuk terus berbuat demikian tapi usaha aku sia-sia sahaja. Ingin saja aku tangankan mereka seorang demi seorang. Betapa biadapnya bangsa aku ini tanpa sedikit pun rasa takut akan balasan seksa Allah. Kemudian, selepas habis makan mereka terus beredar dengan gelak ketawa. Betapa rosaknya anak Malaysia.

0 comment... add one now