Adat Vs Agama



Bangsa Melayu memang terkenal dengan kepelbagaian adat resam yang terus diwarisi secara turun temurun. Adat-adat tersebut begitu sinonim dengan masyarakat Melayu dan kadangkala ia melangkaui tuntutan agama sendiri. Namun begitu, golongan emas sangat menitikberatkan adat ini hingga timbul ungkapan tersebut

Biar mati anak, jangan mati adat
Pelik betul ungkapan ini dan ia jelas membuktikan betapa kuatnya pegangan kepada adat sehingga sanggup kehilangan anak asalkan adat tersebut dapat diteruskan. Dah mati anak siapa pula nak sambung adat. Antara negeri yang masih kuat berpegang dengan adat ialah Negeri Sembila dengan adat Perpatihnya tapi aku bukan hendak menghuraikan berkenaan adat itu. Biar ia menjadi kebanggaan bagi pengamalnya. Apa yang ingin aku kupas ialah mengenai adat bersalaman antara saudara-mara.


Aku selalu melihat si abang ipar bersalaman dengan adik ipar yang berlainan jantina. Pada mata bangsa Melayu, ia adalah suatu adat yang menunjukkan yang muda menghormati yang lebih tua. Namun begitu, harus diingat bahawa ipar adalah bukan muhrim, di mana mereka dibolehkan berkahwin dengan abang/adik iparnya jika berlaku penceraian. Oleh itu, tidak harus ia membuka aurat di hadapan abang/adik iparnya, bersalaman dengannya dan berduaan termasuk keluar bermusafir tanpa orang lain.
 
Hukum Islam adalah tetap hukum dan ia tidak boleh dilampaui sekalipun di atas nama hormat menghormati. Jadi semua orang Melayu yang Islam haruslah mengambil berat perkara ini dan tidak berterusan melakukan dosa tanpa kita mengetahuinya. 

klik gambar untuk paparan 3D
kredit gambar kepada Chesnut Bowl


{ 7 comments.. read them below or add one }

THE AUTHOR THE AUTHOR September 14, 2012
Ini masalahnya..adat melayu ini memang cukup tip top dalam adab hormat menghormati tapi masalah muhrim lupa nak di masukkan.
Terutama hari raya kalau adik ipar pompuan salam aku terpaksa aku salam gak...iskkk...
Faham tapi.....susah ler bro nak cakap..huhhuhuu....
Unknown Unknown September 14, 2012
betul tu.. masa kecik2 dulu, dgn kazen2 free-hair je, lama2 bila dah tahu hukumnya, mst pakai tudung, salam pun takde dah.. tp kekadang, ada kazen yg kecik2 lagi, sekolah rendah, duk hulur tangan nak bersalam, layan ajela..
Unknown Unknown September 14, 2012
aku pun sama..adik ipar aku yg satu tu asyik hulur jer..tau dia hormat kita tp aku tak jmp lg ayat nk tegur caner...
Unknown Unknown September 14, 2012
yg kecik tak baligh boleh lg kot.dorang takde nafsu..tp slow2 ajar dorang..
AnonymousAnonymous September 14, 2012
selalu syieda hulur tangan kepada bapa sedara, dan abang sepupu untuk bersalam masa raya. lepas ni, tak boleh la buat macam ni dah. kena berwaspasa lepas ni.

Salam Aidilfitri, done follow back :)
Unknown Unknown September 16, 2012
bapa saudara?? boleh kan? sbb mmg takkan boleh kawen..yg takleh tu ngan sepupu
arazakrahim blog arazakrahim blog September 19, 2012
salam kenal dari segmen Hanif
Saya follow