![]() |
Manchester United Vs Chelsea dalam perlawanan Capital One Cup |
Pertembungan kedua dalam tiga hari bagi dua pasukan ini untuk membuktikan pasukan mana yang lebih hebat selepas pelbagai kontroversi yang melanda pada pertembungan pertama.
Sir Alex Ferguson menurunkan pasukan kedua seperti yang dicanang oleh beberapa pihak sebelum ini. Manchester United memulakan jaringan oleh Ryan Giggs pada minit ke22 sebelum David Luiz menjaringkan gol penyamaan melalui sepakan penalti minit ke31. Dua minit sebelum separuh masa pertama tamat, Chicharito sekali lagi menjaringkan gol untuk United mendahului 2-1.
Separuh masa kedua bermula dengan pantas dan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan. G.Cahill menghukum kelemahan pertahanan United dengan menanduk masuk bola tendangan sudut pada minit ke52 untuk mengikat kedudukan 2-2. United terus menggandakan asakan selepas gol penyamaan tersebut dan Nani akhirnya memecah kebuntuan dengan bijak memperdayakan Peter Cech untuk United mendahului permainan buat kali ketiga. Ketika United kelihatan hampir menang, pemain gantian United Scoot Wootton telah menolak Sturridge di dalam kotak penalti dan Chelsea diberikan sepakan penalti. Hazard tenang menendang rendah menewaskan Lindergard seterusnya menyamakan kedudukan untuk mengheret permainan ke masa tambahan.
