Fatihah Buat Abah


Pagi raya ke3 ni TV3 menyiarkan sebuah drama yang hebat dan sangat menyentap perasaan. Drama Fatihah Buat Abah, lakonan mantap Faizal Hussein, Sharifah Amani, Shafie Naswip dan beberapa lagi nama besar.

Drama ini mengisahkan seorang anak, Fatihah yang dipisahkan daripada abahnya oleh Tok Mak. Tok Mak bertindak demikian kerana abah Fatihah tidak mempunyai harta untuk diwariskan kepada cucunya selepas kematian anaknya, ibu kepada Fatihah. 

Fatihah yang disahkan mengidap sakit jantung sangat berharap untuk berjumpa dengan abahnya sebelum dia menutup mata. Fatihah berjaya menemui abahnya namun pelbagai dugaan dan kisah yang melanda mereka selepas mereka berjumpa. Klimaks drama ini apabila abah Fatihah telah dibunuh oleh bekas rakan sekerja abahnya yang telah dibuang kerja dan pada masa yang sama Fatihah sedang tenat di hospital. Akhirnya, jantung abah Fatihah yang telah meninggal dunia diberikan kepada Fatihah untuk menyelamatkan nyawanya.

Bagi aku, drama ini memang sangat berkesan dan memberi pengajaran serta moral kepada para penonton. Moralnya, darjat dan harta tidak boleh menjamin kebahagiaan sekiranya tidak bersama orang tersayang. 

Boleh tangkap nangis bila tengok drama ni. Aku ada la meleleh sikit. Hehehehe...

0 comment... add one now