Selamat pagi semua...hari ketiga puasa..macam mane korang? ade bagus? awal-awal pagi ni kite sambung belajar lagi perkataan dalam bahasa Terengganu.
Hari ni perkataan dia macam dewasa sikit tapi sebenarnya tidak. Orang tua, orang muda, orang tak berapa tua atau muda memang selalu sebut dan gunakan dalam perbualan harian. Ape perkataan itu?
BEREHI = suka, gemar
Cara sebutan : brehi, tiada E selepas B
Bunyi macam untuk 18SX sahaja kan tapi bukan. Contoh ayat ialah seperti berikut:
Terengganu :
Pok Mat: Mung ni berehi sungguh la promote insurans ke aku..mung tau dok aku ade tujoh insurans doh..dok cakak nok bayo doh weh
Penjual insurans: Pok Mat, ambik la se lagi ni..baru jadi lapang (8) ..tenang idop Pok Mat kekgi.
Translate :
Pak Mat: Kau ni suka sangat promote insurans pada aku. Kau tau tak, aku dah ada tujuh insurans, tak larat nak bayar dah ni.
Penjual insurans: Pak Mat, ambil la satu lagi, baru jadi lapang,tenang hidup Pak Mat nanti.
Kalau korang kepala kuning, mesti korang ingat bende kuning biru je kan? Di Terengganu tidak begitu, malah Tok Imam pun selalu menggunakan perkataan ini.
Semoga perkataan hari ini dapat mencerahkan sedikit kekusutan korang.
Bagi yang baca awal pagi.. selamat berpuasa
Bagi yang baca petang... selamat berbuka..jangan membazir
Penjual Insurans yang Berahi
Unknown0 comment... add one now
Next post: Penjual Insurans dan Kelapa
Prev post: Previous Entries →
click the icon and copy the shortcode
To insert emoticon you must added at least one space before the code.