Gangnam Style Boleh Memurtadkan



Demam Gangnam Style semakin menjadi-jadi dan ramai yang memperkatakan fenomena baru ini dari sudut positif dan negatif. Kalau nak difikirkan dari logik akal manusia yang waras, memang video klip Gangnam Style ada memaparkan bahan yang tidak patut ditonton oleh kanak-kanak. Pergaulan bebas lelaki dan perempuan memang tidak dibenarkan oleh Islam tetapi itu bukan halangan bagi mereka kerana budaya mereka memang tidak terikat dengan larangan tersebut.

Aku ada terbaca satu printscreen yang dikongsi di Facebook yang mengatakan Gangnam Style ini menyesatkan. Sejauh mana kebenaran itu aku tak pasti sebab aku difahamkan Gangnam adalah nama satu tempat di Korea.
Printscreen mengatakan Gangnam Style membawa pada murtad



Di sini aku cuma ingin membincangkan sudut positif yang boleh dicontohi dari kejayaan muzik ini. Perkara pertama kita boleh lihat ialah rakyat Korea terus menerus berusaha menaikkan nama negara mereka di persada dunia melalui berbagai medium. Tidak kira dari sudut muzik, filem, drama dan artis mereka. Kemunculan banyak parody berkenaan Gangnam Style ini menunjukkan ia memberi pengaruh yang besar dalam kehidupan. Kenapa kita rakyat Malaysia tidak mencipta sesuatu yang boleh menjadi fenomena seperti ini?
Apa saja gaya telah ditag sebagai Gangnam Style
Dari sudut perlumbaan teknologi pula, Korea memang jauh mengatasi negara kita. Walaupun telah disaman dengan jumlah yang tinggi, Samsung dengan selamba melancarkan gajet-gajet baru yang menjadi buruan penggila gajet. Ini membuktikan mereka tidak takut untuk terus bersaing di peringkat global di samping menjenamakan negara mereka sebagai penghasil gajet yang hebat dan berkualiti.
Samsung Galaxy Note 10.1..menawan..
Bidang automobil mereka juga menunjukkan kehebatan dengan pengenalan jentera baru. Mereka tidak pernah sunyi dari produk-produk yang hebat dan mampu memikat hati pengguna di luar sana baik di dalam dan luar negara Korea. Kalau dulu, Hyundai tidak dipandang namun sekarang ia telah menjadi sejarah di mana sekarang mereka mampu bersaing dengan jenama lain dalam memasarkan produk mereka.
Cantik dan menawan
Alangkah indah jika rakyat Malaysia bersatu hati dalam memajukan negara sendiri dan bersungguh-sungguh menaikkan nama negara seperti rakyat Korea di luar sana.Kita memiliki sumber dan tenaga kerja yang hebat namun ia dipersiakan kerana rakyat kita lebih suka bercakaran sesama sendiri kerana berlainan pendapat. Alangkah ruginya kerana orang lain berlumba-lumba untuk maju tetapi kita masih suka bersengketa yang langsung tidak memberi manfaat dan hasil yang positif untuk kelangsungan hidup generasi akan datang.






{ 22 comments.. read them below or add one }

Misterie87 Misterie87 September 11, 2012
As Salam,

Itulah realiti rakyat di negara kita. pemikiran mereka terlebih kreatif sehinggakan semuanya kelihatan serba tidak kena dan suka sangat mengaitkan sesuatu dengan yang mereka sendiri tidak pasti.

Pada sayalah. Oppa Gangnam Style ni hanyalah salah satu kejutan budaya kepada rakyat di negara kita. Biasalah bila mana kita melihat sesuatu fenomena yang baru dan ianya menarik. sudah pasti kita akan terikut-ikut. Tapi ianya takkan kekal lama. Kerna fenomena Gangnam ni akan beransur hilang bila mana munculnya fenomena kejutan budaya yang lain pula.

Pada saya terdapat segelintir orang kita yang terlalu melebih-lebih bila menilai sesuatu budaya baru yang diikut oleh rakyat negara kita ni. sedangkan ianya tiada keperluan pun.

Kita kena ingat bukan semua benda, perkataan, mahupun bahasa akan mengikut style agama kita. ini kerana di dunia ini mempunyai berbagai kaum, bangsa, agama, dan budaya. mana mungkin kesemuanya kita mahukannya mengikut ajaran yang berkaitan Islam. Takkanlah kita nak paksa mereka mengikut garis panduan agama kita pula kan?

Sebenarnya tak der apa yang salahnya dengan Oppa Gangnam Style ni. Asalkan kita tidak terlalu taksub dengannya itu sudah memadai.
Unknown Unknown September 11, 2012
tak pasti la yg tu...just melapor je..kene tanya mamat korea maksud lagu tu
Unknown Unknown September 11, 2012
itu la psal...ade yg fanatik sgt dan nk belagak super pandai..
Unknown Unknown September 11, 2012
haah kan. benda ni macam tsunami. once dah terkena, semua kena.
tak salah pun, tapi nak meniru-niru gaya yg pada saya tak berapa sesuai, tak berapa wajar.
for fun is okay, but to be a trend or live-style is not proper and suitable.
Unknown Unknown September 11, 2012
kadang org duk pikir yg negatif walhal memang ade yg positif di sebalik bende tu..
AnonymousAnonymous September 11, 2012
Sila kaji dulu sblum mencopy paste dr org. Banyak yg tk betul. Sungguhpun agak keterlaluan video klip tu & tk sesuai dgn umat melayu yg beragama Islam kt Malaysia ni, tk pyh la nk menokok tambah perihal lagu Gangnam Style ni. Buraq la.. Baru ni ada yg kata kaitan Yahudi la..
Pernah dulu sy dpt emel berantai ttg kartun Pokemon yg kononnya bermaksud, Jadilah Yahudi la.. MENGARUT!!
Unknown Unknown September 11, 2012
err..ni tegur aku ke? tgk pada penerangan aku

"Aku ada terbaca satu printscreen yang dikongsi di Facebook yang mengatakan Gangnam Style ini menyesatkan. Sejauh mana kebenaran itu aku tak pasti sebab aku difahamkan Gangnam adalah nama satu tempat di Korea."

dan aku tak bermaksud mengatakan gangnam style ni memurtadkan.

terima kasih
Salmi Salmi September 11, 2012
Setuju sgt dgn para terakhir tu.

Singgah balas kunjungan..
THE AUTHOR THE AUTHOR September 11, 2012
heheheheheh...mamat tu tak marah lu bro..( gua rasa)...
Dia marah kot pasal semua orang boleh keluarkan haram halal sesuak hati....
Dia tengah emo tu....
Bayangkan 65 juta preview kat U tube...sure anak2 remaja suka tarian kudanya tapi aku dah tgk orang Malaysia buat satu keluarga Ok ajer..
Pendapat aku....
Unknown Unknown September 11, 2012
ha'ah..td tgh makan de gak pikir balik ayat dia tu...bukan tuju kat aku..dia ckp kat org len..hohoho..
Unknown Unknown September 11, 2012
heh..kalau la itu yg terjadi..pasti lg makmur Malaysia nih
Unknown Unknown September 12, 2012
ambil dari segi yg positif.......
boleh enjoy dgn lagu tu, tapi jgn sampai taksub sangat.......
Unknown Unknown September 12, 2012
yeah..mmg betul tu..kita dh terlampau byk dengan hiburan
maza maza September 12, 2012
pulak.. hahaha

macam2 dok ada..
tapi apa2 hal pun ada kebenaran kata en. Syamil itu.

kita harus punyai nilai dan identiti sendiri utk dipasarkan sbgi salah satu agenda Industri Kreatif negara!

huhuhu
Unknown Unknown September 12, 2012
kita mmg ada nilai dan identiti cuma tidak mampu utk dikembangkan secara total
Unknown Unknown September 12, 2012
ntahla...byk sgt versi2 berbeza ttg gangnam...yg mana betul pun xtau.... yg penting...jgn terlalu taksub...nilai baik buruk sblum nk folo ape2..
Unknown Unknown September 12, 2012
heh..folo sinar fm takpe lg..
afzalsukasuki afzalsukasuki September 12, 2012
aku tak tau la apa maksud tersirat tersurat isi hati si Korean dan lagu tu tetapi secara ilmiahnya apa yang aku tau kita rakyat Malaysia sangat mudah terikut apa sahaja yang dibawa dan diperkenalkan di Malaysia ni tanpa fikir baik buruknya.

Kadang2 aku pon risau mana tau anak aku, bini aku dan ahli keluarga aku akan terjebak sama dengan fenomena yang tak semenggah macamni. Yang baik dan bermanfaat aku terima, yang cenggini punya aku elak.

Aku tatau murtad atau tak, boleh gugur iman atau tak, terpesong akdah atau tak tapi bila someone macam ko bawa perkara ini untuk dibincangkan itu dah cukup baik :) sekurang2nya kita alert :)
Khumaera Ismail aka Mariam Ismail Khumaera Ismail aka Mariam Ismail September 12, 2012
Tak perlu terikut2 budaya karut marut tu. Jgn pudarkan identiti kita sebagai muslim dgn perkara melalaikan spt ini.
Unknown Unknown September 13, 2012
hehehe..time kacih..bende baek kite share..moga aku dapat pahala atas ilmu yg berguna
dya nasir dya nasir September 13, 2012
dya mmg xsuka gangnam style.. xsuka btl tarian dia..