Cara Buat Duit Online Menggunakan Youtube

Ramai mengatakan internet adalah lubuk untuk membuat duit segera secara online tetapi tahukah anda bagaimana cara sebenar dan tepat untuk menjana pendapatan secara online itu. Pemahaman ramai mengatakan blogging adalah platform terbaik untuk mencari duit sampingan dengan meletakkan iklan yang banyak di blog dan mengharapkan trafik organik datang mencurah-curah ke blog masing-masing. Kebanyakan blogger amatur akan meletakkan iklan dari Nuffnang dan blogger kelas tinggi sudah pasti akan meletakkan iklan dari Google Adsense yang mana sangat susah untuk diperoleh tetapi memberi pulangan yang sangat lumayan. Selain itu, ada satu lagi medium yang boleh menjana pulangan yang lumayan iaitu beriklan di YOUTUBE.

Youtube juga memberi pulangan yang sangat lumayan kerana jumlah viewers adalah sangat ramai dan menjadi medan untuk kesemua bahan. Baik dari segi tutorial, panduan, resepi, sukan, hiburan malah live-streaming  semuanya boleh ditonton melalui Youtube. Jumlah penonton yang boleh mencecah ratusan juta boleh menjadi sasaran yang sangat ampuh untuk beriklan. Di sini kita akan berkongsi sedikit ilmu dan tips yang boleh menjadikan kandungan video Youtube anda memberi hasil lumayan di atas usaha penat gigih anda untuk menghasilkan kandungan video yang menarik kepada penonton.

Belajar untuk menguruskan channel dan kandungan video anda untuk menarik iklan mahal.

Amalan Terbaik !!
  • Pengiklan, penonton dan ANDA
Kunci untuk Monetization dengan iklan adalan penonton-penonton yang terlibat. Pengiklan pasti mencari channel  yang mempunyai trafik yang tinggi, jauh capaiannya dan unik yang disasarkan secara demografi. Ia adalah idea yang bijak dan bagus untuk melabur dalam memperluaskan penonton sebelum monitize channel Youtube anda. Apabila anda telah sedia untuk beriklan, ia adalah sangat berguna untuk anda memahami bagaimana penonton, pencipta (anda) dan pengiklan bekerjasama supaya semua pihak mendapat faedah.
Hubungan antara penonton, pengiklan dan pencipta (anda)
Penonton biasanya melayari Youtube untuk dilayan (entertain), belajar dan menyertai komuniti interaktif. Mereka juga menyediakan bola mata yang diperlukan untuk membantu pencipta, pengiklan dan Youtube untuk menjana wang. Pencipta seperti anda, datang ke Youtube untuk meluahkan perasaan dan berkongsi kreativiti. Anda juga boleh membuat wang segera daripadanya. Sebagai pencipta, anda boleh terus membuat video yang hebat dan berkesan supaya para penonton akan terus kembali dan menjadikan lawatan ke channel anda sebagai satu habit.

Para pengiklan melihat Youtube sebagai satu cara yang berkesan untuk mencapai dan sasaran penonton. Jika sekiranya penonton-penonton benar-benar terkesan dengan video anda, dan mereka adalah demografi yang sebenar-benarnya pengiklan sasarkan, para pengiklan dengan rela dan bersedia untuk menyiarkan iklan di channel anda. Youtube adalah satu platform yang membuat ini sebagai satu kemungkinan kepada semua orang!

  • Format iklan yang tersedia 
Untuk membantu memaksimumkan pendapatan iklan, anda boleh membenarkan beberapa atau semua format iklan dipaparkan pada channel anda. Bandingkan setiap format untuk melihat bagaimana mereka bekerja dengan video anda  dan bagaimana views dari penonton boleh dikira sebagai pendapatan anda. Bentuk merah menunjukkan di mana iklan tersebut muncul pada halaman video anda atau halaman paparan.






Apakah jenis kawalan yang kita ada ke atas iklan yang diiklan pada video?

  1. Apakah jenis iklan yang dimainkan: Anda mempunyai kawalan sepenuhnya ke atas format iklan (paparan, overlay dan lain-lain) di channel anda.
  2. Apa iklan yang dimainkan: Anda boleh menghalang iklan dari pengiklan tertentu atau dari kategori 'iklan sensitif' daripada dimainkan di channel anda.
  3. Bila iklan dimainkan: Sekiranya monetization telah dibenarkan, maka anda tidak boleh menentukan bila iklan-iklan tersebut akan dimainkan dan tidak kesemua views yang dimainkan semula akan menjana wang.
  • Apa yang berlaku di sebalik tabir apabila iklan dimainkan di video anda.
Youtube bekerja keras untuk memaparkan iklan yang sesuai pada untuk viewers yang betul pada masa yang tepat. Iklan-iklan ini dipadankan pada kepada khalayak yang tertentu. Apabila video dipadankan pada viewers dan viewers menonton iklan, ia dikira sebagai main balik/playback yang menghasilkan wang-di mana Youtube memainkan iklan dan berkongsi hasil dengan kita. Algoritma Youtube juga cuba memastikan viewers tidak terbeban dengan iklan yang banyak sambil menonton video anda. Kadang-kala, tiada iklan dipaparkan untuk menjana wang walaupun terdapat demografi yang sepadan.

Beberapa perkara yang perlu anda semak sekiranya tiada iklan dipaparkan pada video anda:

  • Sekiranya anda tidak dapat melihat iklan dipaparkan pada video anda, adakah ia muncul pada video apabila orang lain menontonnya?
  • Adakah video tersebut telah dibenarkan untuk diletakkan iklan dan adakah tahap privasi telah ditetapkan kepada Public?
  • Adakah iklan itu menarik perhatian demografi yang mana menjadi sasaran pengiklan? Mungkin tidak ada iklan yang sesuai untuk viewers anda pada masa tersebut.
  • Adakah video anda mengandungi kandungan sensitif atau metadata yang mengelirukan?
  • Adakah terdapat apa-apa bahan yang dilindungi hakcipta pada video atau channel lain yang berkait dengan akaun Google Adsense anda?

  • Brand-friendly video
Apabila anda memilih video untuk dimonetize di Youtube, ruang untuk pengiklanan di video anda diliputi oleh Google untuk para pengiklan dan Youtube menilai tahap brand-friendliness pada video anda. Selain itu, para pengiklan mungkin akan menghubungi anda untuk menghasilkan kandungan yang berjenama pada channel anda. Jika anda mahukan pengiklanan menjadi aliran pendapatan yang berterusan, ia adalah idea yang sangat baik dan hebat untuk mempromosikan channel anda dengan cara brand-friendly yang boleh menarik perhatian pengiklan tetapi jangan sekali-kali berhenti untuk mempersembahkan suara kreativiti anda! Berikut adalah senarai semak yang perlu sentiasa ada dalam fikiran.
  1. Siapakah viewers  anda?Di manakah viewers anda? Adakah mudah bagi para pengiklan untuk melihat perkara-perkara ini? Para pengiklan selalu menyasarkan iklan-iklan mereka kepada kumpulan-kumpulan yang berumur dalam linkungan " 18 hingga 24 tahun ", "berminat dengan fesyen" dan "peminat tegar sukan".
  2. Apa yang membuatkan pertalian kepada penonton melalui kandungan video anda wajar kepada para pengiklan? Kenapa mereka perlu beriklan pada channel anda? Adakah viewers anda teruja dengan produk dan perkhidmatan pengiklan?
  3. Berapa ramai dan setianya viewers anda? Mempunyai viewers  dari pelbagai sudut dunia pasti akan menjadi penarik kepada pengiklan.
  4. Adakah kandungan video anda mesra kepada semua termasuk seisi keluarga? Kebanyakan pengiklan tidak mahu terlibat dengan kandungan  yang tidak sesuai untuk ditonton oleh seisi keluarga , jadi sekiranya video anda mempunyai age-restriction ia mungkin sukar untuk menarik pengiklan.
  5. Adakah suara jenama anda adalah unik dan asli? Kekal "true to your root" boleh membantu anda mengekalkan viewers anda yang sedia ada kerana akan terus mengembangkan jenama dan capaian anda.
  6. Adakah anda menetapkan format iklan yang sesuai untuk video anda? Pertimbangkan untuk fokus pada format iklan yang terbaik untuk jenama dan channel anda.
  • Auto mid-rolls
Jika anda monetize  video yang durasinya lebih daripada 10 minit, anda kini boleh secara automatik memasukkan iklan seluruh (kita panggil ia sebagai mid-rolls) untuk memanfaatkan kandungan lama. Pada masa lalu, anda boleh memasukkan secara manual (dan sekarang masih boleh!!) tetapi sistem ini telah berkembang untuk melakukan kerja bagi anda. Apabila anda menetapkan auto mid-rolls, sistem akan mencari natural break di dalam video untuk diletakkan iklan tanpa mengganggu tontonan viewers. Sebagai contoh, sistem akan meletakkan iklan ketika rehat antara dua adegan dan bukan semasa kemuncak pertarungan. Anda juga boleh menempatkan sendiri iklan-iklan itu sekiranya anda fikirkan ia adalah tempat yang terbaik.

Begitulah serba-sedikit yang aku boleh kongsikan berkenaan membuat duit secara online melalui Youtube. Semoga perkongsian ini boleh memberi sedikit pencerahan dan ilmu untuk kita semua. Sekiranya anda merasakan entri ini berguna dan bermanfaat, bolehlah dikongsikan di mana-mana agar kita semua mendapat manfaat dan sedikit pendapatan sampingan untuk mengharungi dunia yang semakin mencabar dan menuntut perbelanjaan yang tinggi ini.

0 comment... add one now