Keputusan Manchester United Lawan Arsenal

Manchester United Vs Arsenal
Pertemuan hebat dua musuh lama, Manchester United lawan Arsenal berlangsung di Old Trafford. United turun dengan kesebelasan utama dengan meletakkan Rooney bergandingan dengan peledak baru United, van Persie. van Persie meledak gol pertama seawal minit ke3 dengan merembat kencang ke penjuru kanan gol lawan. Namun, beliau tidak meraikan jaringan tersebut seperti biasa kerana masih menghormati pasukan lamanya itu. Selepas itu, United berpeluang menambah jaringan setelah dihadiahkan sepakan penalti apabila bola terkena tangan pertahanan Arsenal dalam kotak penalti, namun sepakan Rooney tersasar jauh dari gawang. 

Rooney menebus kesilapan tersebut dengan melakukan satu hantaran menarik sebelum ditanduk kemas oleh Patrice Evra untuk meletakkan United selesa dua jaringan di hadapan. Permainan juga meriah dengan beberapa layangan kad kuning serta satu kad merah kepada Jack Wilshere setelah menerima kad kuning kedua. Malang buat Arsenal untuk terus bertahan dengan asakan demi asakan pantas dari United. Arsenal merapatkan jurang jaringan selepas Cazorla menjaringkan gol pada masa kecedaraan dan permainan terus tamat dengan United menewaskan Arsenal, 2-0.

4 comments.. read them below or add one

Unknown Unknown November 04, 2012
evra menyelamatkan keadaan...
THE AUTHOR THE AUTHOR November 04, 2012
Tahniah MU...!!! Dan peminat tegarnya....hihihihi
Unknown Unknown November 05, 2012
kuda tua pon ade gunanya..def yg juga selaku winger
Unknown Unknown November 05, 2012
heh..suda semestinya bro..