Pelita minyak tanah yang dilupakan

Hari Raya bakal menjelang tak lama lagi. Memori Hari Raya kembali menggamit kenangan aku. Dulu masa aku kecil lagi, mana ada lampu kelip-kelip yang pakai letrik tu. Zaman aku kecil, hanya pelita minyak tanah yang menjadi hiasan pada malam Ramadhan dan malam raya.

Pelita minyak tanah ni harganya bukanlah mahal sangat ketika itu. Aku juga buat sendiri pelita menggunakan buluh. Bukan buat meriam buluh tau. Ini lagi menjimatkan. Tambahan pula, minyak tanah yang digunakan juga murah harganya kalau nak dibandingkan dengan harga sekarang. Kami adik-beradik akan isi minyak tanah pada petang sebab bila malam je, terus boleh dinyalakan. Tak tahan bau minyak tanah yang agak menyengat hidung tu.


Bila dah dinyalakan, terus susun atau gantung pada pagar rumah. Keliling rumah pasang pelita ni. Sangat meriah. Ada juga budak-budak nakal yang kadang-kadang lalu lepas tu dorang padamkan pelita tu. Setakat padam takde la rasa marah sangat pun. Jangan korang curi dah la. Mau aku sumpah 7 keturunan tak kenal ape itu lampu pelita minyak tanah.

Sekarang, kemeriahan tu dah tak ada. Kalau di bandar, memang jangan mimpi nak jumpa. Di kampung pun, orang dah pakai lampu kelip-kelip elektrik tu. On je suis, terus menyala kelip-kelip. Macam-macam warna ada. Atas korang je nak beli yang mahal ke yang murah.


0 comment... add one now