Sinetron yang Menjengkelkan

Jangan terpesona dengan senyuman beliau
Hari ini aku nak meluahkan sedikit rasa tidak puas hati yang terbuku selama ini. Rasa tidak puas hati terhadap stesen tv yang berbayar dan percuma dengan penayangan sinetron dari negara jiran, Indonesia. Kita dilambakkan dengan berbagai sinetron yang bagi aku kurang mempunyai kualiti dari banyak segi terutamanya jalan cerita yang memang bagi aku sangat menyakitkan hati. Skrip pula aku tak nak komen sebab menggunakan bahasa Indonesia sepenuhnya dan aku pun tidak berapa gemar mendengar bahasa itu dituturkan.

Antara cerita yang sempat aku tertengok ketika menunggu di klinik ialah kisah Nada Cinta. Kisah muda mudi yang masih bersekolah berebut cinta seorang lelaki yang kacak. Kebanyakan pelajar jahat berkereta mewah dan hebat penampilannya. Manakala orang baik adalah miskin dan susah kehidupannya. Orang miskin berterusan dibuli dan tidak berani mempertahankan diri. Bosan dan menyampah aku melihatnya kerana terlalu mudah kejahatan itu berleluasa. Dan tiada orang dewasa yang campur tangan mengajar pelajar itu tentang adab dan kelakuan baik. Selain itu, aku rasa sinetron yang paling hangat dulu ialah kisah Bawang Merah dan Bawang Putih. Entah sudah berapa ratus episod yang ditayangkan di TV. Yang baik tidak sudah-sudah dianiya oleh si jahat. Sungguh tipikal semua cerita Indonesia. Selepas berminggu-minggu para penonton mengikuti siri tersebut, kesudahannya adalah sangat menjengkelkan. Ia sebenarnya adalah mimpi seorang gadis dan aku rasa para penonton pasti meluat dengan kesudahan itu. Nasib aku baik kerana aku tidak tergolong dalam kalangan orang yang setia menonton siri bosan itu.

Jika direnung kembali, negara kita asyik menyiarkan siri dari Indonesia tetapi adakah mereka menayangkan juga produk kita di negara mereka. Aku rasa mustahil kerana kebencian rakyat mereka kepada negara kita adalah sangat tinggi dan pasti produk kita tidak akan mendapat sambutan di sana. Namun adakah pihak tv sedar akan perkara ini? Mungkin mereka sibuk memikirkan rating yang boleh dicapai oleh mereka sekiranya menayangkan sinetron dari Indonesia. Sepatutnya stesen tv terus memainkan peranan untuk memartabatkan drama-drama kita yang tidak kurang hebatnya jika dibandingkan produk luar.




{ 24 comments.. read them below or add one }

AnonymousAnonymous September 24, 2012
dah melayu pun bangang suke sangat mengadap cite-cite bodoh tu!!takkan ko expect cine dgn india kat malaysia ni yg suke sangat sinetron bangang tu!!kalau xde permintaan, ko rase ade penawaran ke??semua bodoh!!
Syamil Ramli Syamil Ramli September 24, 2012
heh...mmg melayu yg tgk..cina india mmg tak masuk list langsung..tp permintaan tu tak perlu dipenuhi melainkan yg menawarkan tu terlalu memandang pd untung shj
PORUMAN PORUMAN September 24, 2012
cite indon mmg bengong, menjengkelkan.. x pyh ditygkan la.. x gune kt msia..
Syamil Ramli Syamil Ramli September 24, 2012
nk wat caner...ramai yg suke tgk cite bengong tu..
PORUMAN PORUMAN September 24, 2012
tula.. perbodohkn org je indon ni.. x de idea lain nak bt drama
Hanif Idrus Hanif Idrus September 24, 2012
Panas entri ini..hahhahaha
Aku memang malas nak tengok...panjang sangat..layan adam dan Hawa..kekekeke
Syamil Ramli Syamil Ramli September 24, 2012
haha..layan cite melayu ok gak..layan indon ni ntah sampai ble nk abes cite..pastu scene pon mcm bodo jer..
Nurfarahana Abdul Aziz Nurfarahana Abdul Aziz September 25, 2012
kalau yg baik,pijak semut pun tak mati,lemah betul,..kalau jahat tu,jahat sangat,ank org kaya tertukar dgn ank org miskin lah..kena buli geng jahat kat sekolah lah..alahai pastu ep smpai ratus2 kejadahnya..baik tgk Adan dan Hawa..hewhew..eh pnjg pulak bebel..
Syamil Ramli Syamil Ramli September 25, 2012
sume betul tu..jln cite dh tau caner...
♥♥szumika sakni♥♥ ♥♥szumika sakni♥♥ September 25, 2012
memang menyampah....aku ble tgk nada cinta tu da bg cemuhan buat skt hti..org surh g skolah g brcnta...lps tu bnyk plak msa trluang...gaduh dgn org dwasa..nth pape2....stop sinetron....i hate sinetron.huhuhuhu
Syamil Ramli Syamil Ramli September 25, 2012
masalahnya gitu la..de gak yg nk layan..
Aliff Haikal Aliff Haikal September 25, 2012
Zed zaidi mohon utarakan masalah ni
Syamil Ramli Syamil Ramli September 25, 2012
hahaha..nti ramai lak yg mohon jadi warganegara
Asmar Arafad Asmar Arafad September 26, 2012
Hai blogjogging & BW here, done follow here, sinetron ni memang menyampah

http://asmarpunyablog.blogspot.com
mish eden mish eden September 27, 2012
aq mmg xminat tgok cerita sinetron ke telenovela ke..perghhh episode beratus2 and meleret2 citer pai ase xlogik!
beckhrooy beckhrooy September 27, 2012
selagi ada permintaan dan peminat perkara ini memang akan berterusan, tak salah tygkan drama dari negara lain asalkan produk dalam negara juga diketengahkan
Syamil Ramli Syamil Ramli September 27, 2012
heh..tau takpe..ntah pape cite
Syamil Ramli Syamil Ramli September 27, 2012
masalahnya produk negara sendiri pon dibayar cipot..ade tgk kenyataan hafsham baru ni dlm paper??
beckhrooy beckhrooy September 27, 2012
kena tingkatkan kualiti dalam negara agar dapat bersaing dan menarik peminat dalam malaysia dan juga luar negara
KorN KorN October 02, 2012
hehe.. cmne leh tau blog kne ulas pas tgk entry ni? konpius neh.. hehe
Syamil Ramli Syamil Ramli October 02, 2012
ms tu tgh google utk tgk post aku kat page bape...then ternampak le yg ko ulas tu..
Ridzwan Mohamed Ridzwan Mohamed October 09, 2012
citer2 camni byk habis mase dekat zoom muka2 pelakon je
Syamil Ramli Syamil Ramli October 09, 2012
hehehe..nk tunjuk lawo la tu