Minyak Naik, Naik Minyak





Beberapa minggu lepas, heboh di Malaysia memperkatakan tentang kenaikan harga minyak. Harga minyak yang semakin naik memang menjadi satu isu hangat di negara ini. Tetapi kenaikan harga minyak tersebut hanya untuk RON 97 sahaja dengan kenaikan sebanyak RM 0.30 menjadi RM 3.00 seliter.

Ramai yang naik minyak berikutan perkara ini, tetapi adakah mereka yang naik minyak tu ialah pengguna RON 97 ? Dicanang satu negara akan kenaikan tersebut sedangkan mereka hanya menggunakan RON 95. Pendapat aku, pengguna tegar RON 97 ialah mereka yang berpendapatan tinggi dan kaya sahaja dan sudah pasti mereka mampu. Adakah kereta mewah mereka menggunakan RON 95 untuk mendapatkan kuasa yang lebih mantap? Dan aku pasti golongan mewah ini tidak terlampau risau dengan kenaikan harga ini.

 Bagaimana pula dengan kenaikan harga rokok? Adakah perokok tegar melakukan mogok satu negara dan mencanangnya satu dunia bila kerajaan menaikkan harga rokok? Aku tidak mengetahui harga semasa rokok di negara ini tetapi aku difahamkan oleh perokok yang harga sekotak Dunhill 20 ialah RM 10.00. Boleh tahan mewah juga perokok ni. Satu kotak tu boleh tahan berapa hari agaknya. Kalau sehari saja, baik buat isi minyak kereta. Ada juga faedah.


Aku akan menyokong dengan sepenuh hati sekiranya kerajaan terus menaikkan lagi harga rokok. Kalau boleh ke tahap paling tinggi. Aku nak tengok adakah perokok tegar akan meraung dan buat mogok sekiranya harga rokok naik mendadak.
Aku memang anti dengan rokok. Jadi aku harap, negara kita akan bebas dari asap rokok. Tiada sebarang faedah yang boleh diperoleh dari amalan membazir tersebut. Daripada asyik bising tentang harga minyak naik, baik kita menyokong kempen berhenti merokok.

{ 17 comments.. read them below or add one }

Vidic Vidic September 18, 2012
Tulisan yang baik. Memang aku sokong kalo harga rokok naik mendadak.
Unknown Unknown September 18, 2012
terima kasih..akan terus diperbaiki lagi..biar rokok menjadi luxury item..baru tau langit tinggi ke rendah
Everything's Everythings Everything's Everythings September 18, 2012
Owh harap2 lepas ni jangan harga petrol RON95 pula yg naik ;P
Unknown Unknown September 18, 2012
harap2 tak naik la..kalo turun aku suka..
AY AY September 18, 2012
follow sini.. jom follow afiq kalau sudi.. hehee
Unknown Unknown September 18, 2012
alamak naik lagi ke..ada tips macam mana nak berjimat x..
Unknown Unknown September 18, 2012
terima kasih ..kate dah folow dah.sila jemput ke blog kate ye...http://kate-na.blogspot.com dari segmen yg sama..
AnonymousAnonymous September 18, 2012
la ni ramai beli rokok seludup cik abang.....
NUR AIN AZMAN NUR AIN AZMAN September 19, 2012
Bagus pun kalau harga rokok naik gila-gila. Supaya orang ramai berhenti smoking. Tak suka lelaki yang smoking, haihhhh
Admin Admin September 19, 2012
haha .. harga rokok dinaikkan, harga minyak diturunkann .. baru betul tuu .. :) salam kenal ..
Unknown Unknown September 19, 2012
heh...sebab nk jahanamkan badan pon sanggup beli yg seludup...ape kes la..
THE AUTHOR THE AUTHOR September 20, 2012
Anda dah lama dalam bloglist saya..cari abjab Rojakone malaysia..hehehe.
Wah!!! ramai yang sokong harga rokok naik!!! Aku isap rokok..huhuhuhuhu
THE AUTHOR THE AUTHOR September 20, 2012
Thanks nama saya kat dalam bloglist anda..terharu!!!
Jangan risau...bloglist saya PR1..so anda tetap dapat pagejuice walau di blog lain
Unknown Unknown September 21, 2012
heh..trimas tuan...pasal rokok, aku anti rokok.....tp bukan anti blogger...hahaha
Unknown Unknown September 21, 2012
boleh tahan banyak gak list dlm bloglist tu..trimas bro