Bayar Zakat Secara Drive Thru





Tanggungjawab menunaikan zakat adalah salah satu dalam Rukun Islam. Kewajipan membayar zakat jatuh kepada semua individu Muslim yang cukup syarat-syaratnya.

Surat khabar harian semalam ada melaporkan tentang kaedah membayar zakat secara pandu lalu atau drive thru. Dah macam nak beli McD atau KFC pula ye. Semua orang membuat sesuatu dengan cepat. Aku ada pendapat aku sendiri berkaitan membayar zakat secara drive thru ni. Memang zakat yang dibayar adalah sah namun pada pandangan peribadi aku, cara membayar zakat ini tidak berapa cantik caranya. Kenapa aku berkata begitu? 

Zakat adalah salah satu rukun Islam. Sepatutnya ia dilakukan dengan cara dan kaedah yang lebih tertib dan beradab. Ya, seperti kebiasaan kita membayar zakat. Duduk di kerusi menghadap Amil, bersalam dan mengaminkan doa. Pandangan mata aku mengatakan cara lama ini lebih beradab kerana menunjukkan keikhlasan diri kita untuk menunaikan tanggungjawab. Allah memberi 24 jam kepada semua manusia. Terpulang kepada manusia itu untuk menguruskan waktunya dengan efisien. Kalau aku mampu meluangkan masa 10 minit untuk membayar zakat, kenapa tidak orang lain?





 Bayarlah zakat berdasarkan nilai yang telah ditetapkan



Akhir sekali, pesanan untuk diri dan semua, jangan lupa bayar zakat Fitrah.
Lupa pula nak cakap, ni adalah pendapat aku,kalau anda semua ada pendapat yang sama atau berbeza,jangan malu segan,kita share sahaja sama-sama.

*kredit kepada Utusan Malaysia untuk gambar drive thru

0 comment... add one now