Keputusan Manchester United Lawan Fulham






Manchester United menebus kekalahan minggu lepas dengan kemenangan menentang Fulham. Perlawanan berakhir dengan keputusan 3-2 dan gol-gol United dijaringkan oleh van Persie, Kagawa dan Rafael, manakala gol Fulham dijaringkan oleh D.Duff, Vidic (gol sendiri)


 Kesebelasan utama hanya menampilkan Vidic dan Evra sebagai muka lama. Welbeck dan Rooney sekadar memanaskan bangku simpanan dahulu sebelum di bawa masuk menggantikan Kagawa dan Ashley Young  dengan van Persie berseorangan sebagai penggempur kubu lawan. Pada minit akhir perlawanan, Ryan Giggs masuk menggantikan Anderson yang kelihatan hilang arah dalam padang.

 
Robin van Persie menyuntik semangat berjuang United dengan menjaringkan gol penyamaan selepas United ketinggalan dengan jaringan D.Duff. Perlawanan ini juga menyaksikan Rafael semakin berani dan selesa dengan pasukan di mana beliau banyak membantu jentera serangan dan melakukan beberapa cubaan tepat ke pintu gol lawan. Rooney yang masuk menggantikan Kagawa masih kelihatan bergelut mencari jaringan. Rooney juga cedera di paha setelah dipijak oleh pemain lawan.

2 comments.. read them below or add one

Unknown Unknown August 26, 2012
MUUUUUUUUUUUUNYEEEEEEEKKKKKKKKKKKKK!!!!
Unknown Unknown August 27, 2012
nampaknya encik cool ni tak berapa nk cool..heh..