Pocket Rocketman Kecundang di Olimpik 2012

Wira keirin negara, Azizulhasni Awang a.k.a Pocket Rocketman tewas pada pusingan final dalam acara kegemaran beliau pada temasya Sukan Olimpik London 2012. Beliau bersaing dengan 5 lagi pelumba yang rata-ratanya bersaiz lagi besar daripada beliau. Pencabar utama, Chris Hoy mengungguli acara tersebut setelah melakukan kayuhan padu dan hebat untuk mengalahkan pelumba-pelumba lain.

Azizul bermula baik pada permulaan perlawanan, namun ketika masuk pusingan ketiga, beliau nekad membuat pecutan untuk mencari tempat di depan namun pelumba lain telah berjaya memintas beliau pada pusingan terakhir. Barangkali, tiada lagi tenaga yang mampu dijana oleh pelumba hebat ini untuk meneruskan cabaran hingga tamat perlawanan.

Malaysia kempunan lagi untuk merangkul pingat emas pertama Olimpik selepas kegagalan Lee Chong Wei dalam acara badminton. Di samping itu, Baskin Robbin juga dapat menjimatkan stok aiskrim kerana sekiranya para atlet Malaysia berjaya menggondol pingat emas, mereka akan mengedarkan aiskrim percuma kepada pengunjung kedai mereka.

Namun begitu, usaha gigih atlet Malaysia ini telah menyatukan jiwa rakyat One Malaysia untuk berganding bahu memberi sokongan kepada atlet-atlet yang sedang berjuang dalam acara masing-masing. Semoga pada temasya Olimpik yang akan datang akan membuahkan hasil yang setimpal dengan usaha yang telah dicurahkan oleh para atlet kita.

One Malaysia bersatu demi sukan tanahair!!!

0 comment... add one now