Bangsa Melayu memang terkenal dengan kepelbagaian adat resam yang terus diwarisi secara turun temurun. Adat-adat tersebut begitu sinonim dengan masyarakat Melayu dan kadangkala ia melangkaui tuntutan agama sendiri. Namun begitu, golongan emas sangat menitikberatkan adat ini hingga timbul ungkapan tersebut
Biar mati anak, jangan mati adat
Pelik betul ungkapan ini dan ia jelas membuktikan betapa kuatnya pegangan kepada adat sehingga sanggup kehilangan anak asalkan adat tersebut dapat diteruskan. Dah mati anak siapa pula nak sambung adat. Antara negeri yang masih kuat berpegang dengan adat ialah Negeri Sembila dengan adat Perpatihnya tapi aku bukan hendak menghuraikan berkenaan adat itu. Biar ia menjadi kebanggaan bagi pengamalnya. Apa yang ingin aku kupas ialah mengenai adat bersalaman antara saudara-mara.
Aku selalu melihat si abang ipar bersalaman dengan adik ipar yang berlainan jantina. Pada mata bangsa Melayu, ia adalah suatu adat yang menunjukkan yang muda menghormati yang lebih tua. Namun begitu, harus diingat bahawa ipar adalah bukan muhrim, di mana mereka dibolehkan berkahwin dengan abang/adik iparnya jika berlaku penceraian. Oleh itu, tidak harus ia membuka aurat di hadapan abang/adik iparnya,
bersalaman dengannya dan berduaan termasuk keluar bermusafir tanpa orang
lain.
Hukum Islam adalah tetap hukum dan ia tidak boleh dilampaui sekalipun di atas nama hormat menghormati. Jadi semua orang Melayu yang Islam haruslah mengambil berat perkara ini dan tidak berterusan melakukan dosa tanpa kita mengetahuinya.
klik gambar untuk paparan 3D kredit gambar kepada Chesnut Bowl |
Terutama hari raya kalau adik ipar pompuan salam aku terpaksa aku salam gak...iskkk...
Faham tapi.....susah ler bro nak cakap..huhhuhuu....