Beberapa minggu lepas, heboh di Malaysia memperkatakan tentang kenaikan harga minyak. Harga minyak yang semakin naik memang menjadi satu isu hangat di negara ini. Tetapi kenaikan harga minyak tersebut hanya untuk RON 97 sahaja dengan kenaikan sebanyak RM 0.30 menjadi RM 3.00 seliter.
Ramai yang naik minyak berikutan perkara ini, tetapi adakah mereka yang naik minyak tu ialah pengguna RON 97 ? Dicanang satu negara akan kenaikan tersebut sedangkan mereka hanya menggunakan RON 95. Pendapat aku, pengguna tegar RON 97 ialah mereka yang berpendapatan tinggi dan kaya sahaja dan sudah pasti mereka mampu. Adakah kereta mewah mereka menggunakan RON 95 untuk mendapatkan kuasa yang lebih mantap? Dan aku pasti golongan mewah ini tidak terlampau risau dengan kenaikan harga ini.
Bagaimana pula dengan kenaikan harga rokok? Adakah perokok tegar melakukan mogok satu negara dan mencanangnya satu dunia bila kerajaan menaikkan harga rokok? Aku tidak mengetahui harga semasa rokok di negara ini tetapi aku difahamkan oleh perokok yang harga sekotak Dunhill 20 ialah RM 10.00. Boleh tahan mewah juga perokok ni. Satu kotak tu boleh tahan berapa hari agaknya. Kalau sehari saja, baik buat isi minyak kereta. Ada juga faedah.
Aku akan menyokong dengan sepenuh hati sekiranya kerajaan terus menaikkan lagi harga rokok. Kalau boleh ke tahap paling tinggi. Aku nak tengok adakah perokok tegar akan meraung dan buat mogok sekiranya harga rokok naik mendadak.
Aku memang anti dengan rokok. Jadi aku harap, negara kita akan bebas dari asap rokok. Tiada sebarang faedah yang boleh diperoleh dari amalan membazir tersebut. Daripada asyik bising tentang harga minyak naik, baik kita menyokong kempen berhenti merokok.