Keputusan Manchester United Lawan Galatasaray

Manchester United memulakan kempen UCL 2012/2013 mereka pada musim ini dengan menentang pasukan Galatasaray di Stadium Old Trafford pada awal pagi 20 September 2012. Sir Alex Ferguson menurunkan barisan terkuatnya pada perlawanan ini bagi mengelakkan sejarah musim lalu berulang kembali.


Ferguson menurunkan penggempur utama, Robin van Persie berseorangan dengan Danny Welbeck memanaskan bangku simpanan pada separuh masa pertama. Stadium Old Trafford bergegar dengan sorakan penyokong United selepas Michael Carrick membuka jaringan seawal minit ke 7. United terus selesa an kelihatan banyak mengawal permainan. Galatasaray juga melakukan beberapa percubaan tepat di mana peluang terbaik hadir pada minit ke 10 apabila cubaan menarik Nordin Amrabat, hanya mengena palang gol United. Permainan separuh masa pertama berakhir dengan satu jaringan sahaja.

Setelah perlawanan bersambung, United berpeluang menambah jaringan setelah Rafael dijatuhkan di dalam kotak penalti, namun Nani gagal melakukan penyudah yang baik setelah sepakan penaltinya diselamatkan oleh Fernando Muslera pada minit ke 53. Permainan semakin panas apabila banyak layangan kad kuning dikeluarkan oleh pengadil.

Setelah tambahan masa 5 minit, wisel penamat dibunyikan dan United menang dengan gol tunggal jaringan Michael Carrick. Kemenangan pertama ini meletakkan United di tempat kedua dalam kumpulan dengan 3 mata.


5 comments.. read them below or add one

Aimacomel Aimacomel September 20, 2012
yuhuuu.. go go Man U =)
Unknown Unknown September 21, 2012
tp de komen..mesti dh baca..pasni minat la kot