Robin van Persie ke Manchester United


Sir Alex Ferguson akan menurunkan penyerang baru Manchester United, Robin Van Persie untuk perlawanan sulong menentang Everton di Goodison Park.

Siapakah yang akan digandingkan dengan RVP ini? Adakah Rooney masih menjadi pilihan utama SAF atau tugas menggempur kubu lawan akan diberikan kepada Hernandes yang mana kelibatnya agak jarang kelihatan dalam kesebelasan utama musim lepas. Jangan dilupa juga penyudah hebat dari penyerang muda, Welbeck.

Manchester City pasti akan melalui musim sukar kerana jentera serangan United telah diperkuatkan dengan kehadiran bekas penyerang Arsenal ini. Selepas dikaitkan dengan beberapa kelab, akhirnya van Persie memilih untuk menandatangani kontrak dengan United.



Musim ini, Manchester United pasti akan memberi tentangan hebat untuk merampas kembali gelaran Juara Liga yang telah terlepas ke tangan jiran mereka yang bising.

0 comment... add one now