Seks Yang Nikmat Buat Seketika



Dua minggu ini, heboh di media massa tentang kes pembuangan bayi. Ada yang dibuang di surau dan ada yang dibuang dari tingkat atas flat. Tidak kisahlah di mana lokasi dan cara bayi itu dibuang namun perbuatan membuang bayi itu telah berlaku. Fenomena buang bayi ini sudah lama berlaku di negara kita dan bagaikan sudah menjadi trend. Bilakah dan bolehkah perkara keji dan zalim ini akan berakhir.

Pendapat aku kuat mengatakan bayi yang dibuang pada bulan ini, September 2012 adalah produk muda-mudi yang berzina pada sambutan Tahun Baru 2012. Sudah cukup 9 bulan tempoh mengandung dan pada bulan September inilah bayi-bayi itu dilahirkan ke dunia ini atas kejahilan dan kerakusan nafsu ibu dan bapa tidak sah mereka. Bayi-bayi tersebut tidak melakukan sebarang dosa dan mereka tidak meminta untuk dilahirkan ke dunia ini dengan status anak luar nikah. Janganlah dibuang secara hina dan dibunuh secara kejam atas dosa sendiri. Usah ditambah lagi dosa dengan membunuh mereka.


Aku rasa kes pembuangan bayi akan dilaporkan lagi pada bulan November tahun ini. Kenapa? Sudah pasti bayi-bayi tersebut adalah terhasil dari zina ketika sambutan Hari Valentine yang sudah diharamkan kepada umat Islam untuk menyambutnya. Hari berkasih sayang, kononnya, bertukar menjadi hari keji untuk melampiaskan nafsu serakah buas kepada pasangan masing-masing. Murahnya nilai maruah gadis untuk merelakan diri mereka diratah semata-mata menyambut hari yang bukan hari kebesaran Islam.

Mereka yang melakukan dosa zina ini tidak berfikir bahawa kenikmatan seketika itu hanya akan mengundang derita dan sengsara pada masa akan datang.Gadis pasti akan meratapi dosa mereka kehilangan maruah kepada lelaki jahat yang tidak bertanggungjawab di atas perbuatannya. Masa depan mereka sudah hancur lebur sekiranya kisah memalukan itu tersebar di kalangan penduduk tempat tinggal mereka. Di mana agaknya ibu bapa mereka mahu sorokkan muka dengan noda yang dipalitkan pada muka mereka.

Aku berdoa kepada Allah SWT semoga perkara hina ini akan menemui titik noktahnya agar Malaysia dijauhkan dari bala bencana kerana kemurkaan Allah lantaran dosa jijik umat manusia di Malaysia ini. Semoga kaum keluarga kita dijauhkan dari perkara ini dan sentiasa di dalam keredhaan dan rahmatNya.

p/s:tajuk memang 18sx tapi aku tak bincang pasal sex tau..

{ 8 comments.. read them below or add one }

THE AUTHOR THE AUTHOR September 21, 2012
Kau sama pikiran ngan aku..
Aku pun dari dulu dah rasa..bulan November atau Dec..sure ramai baby terbuang....
Hari Kekasih......hehheheheheh
Unknown Unknown September 21, 2012
tunggu masa je la tu...nti bulan 11 aku bt lagi entri buang bayi..nti kita tgk method apa plak dorang gn utk buang bayi tu
Pesta Jiwa Pesta Jiwa September 21, 2012
Hari merdeka pun ye jugak...
Unknown Unknown September 21, 2012
hoh..betul jugak..so tunggu bulan 5 atau 6 tahun depan..
Unknown Unknown September 21, 2012
emm seks itu lagi nikmat apabila ianya halal ..
beckhrooy beckhrooy September 21, 2012
kerana ikut nafsu, sengsara selamanya
CPFZ CPFZ September 23, 2012
urghh.. sangat mengerikan dgn keadaan macam ni.. macam mana masa depan? siapa yg akan memimpin generasi anak-cucu-cicit kita?
ouuhh.. manusia, manusia...
Unknown Unknown September 23, 2012
harap jauh dr kuarge kte