Keputusan Manchester United lawan Liverpool

Manchester United Vs Liverpool, 23 September 2012
Manchester United meneruskan saingan liga dengan menentang Liverpool di Anfield. Perlawanan ini menjadi tumpuan kerana kes perkauman di antara Patrice Evra dengan Luis Suarez. Sebelum ini Suarez tidak menyambut salam Evra namun perlawanan kali ini mereka telah berjabat tangan sebelum permainan dimulakan.

Line Up Manchester United Vs Liverpool


Permainan separuh masa pertama berakhir tanpa jaringan namun Liverpool bermain dengan 10 pemain selepas Jonjo Shelvey menerima kad merah pada minit ke 39 selepas melakukan terjahan keras pada Johnny Evans. Namun begitu, permainan banyak dikawal oleh Liverpool yang melakukan banyak serangan ke pintu gol United.

Separuh masa kedua menyaksikan gol United dibolosi oleh Steven Gerrard pada minit ke 46 untuk jaringan pertama perlawanan. Permainan semakin hangat selepas Rafael menyamakan kedudukan dengan merembat cantik ke gawang Liverpool pada minit ke 50. van Persie menjadi hero United setelah menyempurnakan penalti minit 80 selepas Antonio Valencia dikasari di dalam kotak penalti. Perlawanan tamat setelah tambahan masa selama 7 minit.
Yes!! Score la jugak..




1 comment... add one now

skulluv skulluv September 23, 2012
macam biasa.menang lagi.hehe

sepenaraya.blogspot.com