Word Verification untuk blogger



Setiap blogger pasti inginkan trafik yang melimpah ruah disertai jumlah follower yang menggila. Berbagai cara digunakan untuk menarik pembaca ke blog masing-masing. Aku adalah antara blogger yang menggunakan pelbagai medium untuk memperkenalkan blog aku ke dunia maya ini. Tidak salah rasanya aku mencuba asalkan ia tidak menyalahi etika blogger.

Di sebalik keinginan para blogger menambah follower, masih ada yang menetapkan word verification  untuk mereka yang mahu menjadi follower blog tersebut. Ini pasti menyukarkan rakan-rakan kerana perkataan yang ditunjukkan adalah berbelit-belit dan juling mata memandang. Aku sangat tidak berkenan dengan perkara ini. Jujur aku katakan, jika aku terjumpa blog yang menetapkan perkara ini, memang aku tidak akan follow blog tersebut.

Mungkin ada justifikasi kukuh pemilik blog menetapkan ia sedemikian namun adakah ia berbaloi sekiranya itulah kali pertama dan terakhir buat pembaca untuk bertandang ke blog itu. Sekiranya dilakukan undian, aku pasti ramai yang mengatakan word verification adalah sesuatu yang sangat menyusahkan dan menyakitkan hati serta perasaan.

Namun, itu adalah hak kepada empunya blog dan aku tidak berhak untuk mengubah pendirian mereka cuma ini adalah luahan rasa aku dan mewakili blogger lain (sekiranya ada).


0 comment... add one now