Hobi Baca Komik Hong Kong




Hari ni aku nak bincang tentang minat atau hobi. Masa kecil-kecil dulu, cikgu selalu tanya apa hobi kita. Ada yang jawab kumpul setem(jwpn standard), membaca buku, memancing dan lain-lain lagi. Macam membosankan je bila dengar semua hobi tu, padahal dulu aku cakap hobi aku ialah membaca buku.

Membaca tu memang betul tapi bukan buku. Aku suka baca komik Hong Kong. Dah tentu yang sudah dialihbahasa. Kalau masih bahasa cina, tengok gambar je jawabnya. Aku mula baca komik sejak darjah enam dan sekarang umur aku baru je masuk 30 tahun. Dah berapa lama minat aku ni ye.

Komik pertama aku baca ialah Alam Perwira dan aku masih ingat setiap watak dalam komik tu. Seterusnya bermula pengembaraan aku dalam dunia komik ini dengan kemunculan komik-komik baru. Antara yang popular ialah Pedang Setiawan yang dah dijadikan filem Storm Rider, Dewata Raya, Pendekar Laut dan Wira Tunggal. Banyak lagi komik lain tapi tak mampu nak disenaraikan.


Peredaran masa juga banyak mengubah gaya lukisan, kualiti bahan dan yang pasti harga sebuah komik. Kalau dulu, dengan harga RM 1.80 dan sekarang telah meningkat hingga RM 3.50.Mahal betul hobi ni kerana setiap siri akan keluar setiap minggu. Jadi, pengiraan mudah, RM3.50 X 4 = RM 14.00 sebulan. Cuba kira untuk satu tahun. Banyak kan?

Sebagai jalan mudah, aku menggunakan kecanggihan Internet untuk mendapatkan komik-komik ini. Ada pembaca yang suka scan dan upload komik-komik tersebut ke blog-blog mereka. Di situ aku boleh muat turun setiap komik itu percuma sahaja. Antara blog tersebut ialah
  1. Redx888
  2. Masterniefeng
  3. Cyclonmaster

 Sekarang, ada juga golongan penggila komik ini menubuhkan forum yang membolehkan mereka bersatu dengan satu hobi dalam satu platform iaitu Wira Tunggal Legacy. Dalam forum ini, setiap user menggunakan identiti jaguh komik yang diminati. Di situ, ada dianjurkan pertarungan sesama sendiri (bukan bertumbuk betul-betul) untuk menjadi jaguh yang terhebat. Ada hikmat dan jurus seperti di dalam komik. Cubalah dan penggemar komik pasti akan jatuh cinta dengan forum hebat ini.


0 comment... add one now