Zulfahmi,Mat Rempit Halal

Zulfahmi, pemenang kedua GP Malaysia 2012
Minggu yang cemerlang buat rakyat Malaysia apabila mendapat banyak berita gembira dalam kancah sukan negara. Setelah Lee Chong Wei merangkul kejuaraan Terbuka Denmark 2012 Siri Super Dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF), kita dikhabarkan lagi dengan kejayaan Zulfahmi Khairuddin yang mendapat tempat kedua dalam perlumbaan GP Malaysia 2012. Kejayaan inilah memang patut dicontohi kerana beliau menunjukkan sikap melawan dan gigih berusaha untuk terus menaikkan nama negara. Memang boleh menjadi contoh teladan kepada anak muda dan mat rempit di luar sana. 

Kejayaan ini sepatutnya membuka mata kepada semua pelumba haram di negara ini supaya dapat mencurahkan bakat dan kemahiran mereka ke jalan yang betul agar tidak mempersiakan nyawa mereka tanpa sebarang faedah kepada negara. Pihak yang bertanggungjawab telah menyediakan berbagai platform kepada anak muda Malaysia sebagai jalan untuk membawa mereka ke arah kehidupan yang sihat dan jauh dari gejala negatif yang boleh menyusahkan rakyat lain.

Disebalik kejayaan ini, pasti ada suara sinis yang mengata mengenai champagne yang dituang ke atas Zulfahmi. Pendapat aku, beliau bukan sengaja kerana ada video menunjukkan beliau beredar dari podium ketika sesi menyembur champagne. Cortese telah menyiram beliau dengan air kencing syaitan tersebut ketika sesi bergambar yang pasti perkara tersebut tidak dijangka langsung oleh Zulfahmi. Harapan semoga isu ini tidak diperbesarkan oleh media yang sengaja mencari publisiti murahan. Semoga Malaysia akan terus dilimpahi dengan berita gembira tidak mengira dari apa jua perkara kerana kejayaan demi kejayaan ini menunjukkan bahawa kita sebagai anak Malaysia mampu mengecapi kejayaan seperti negara maju yang lain.



{ 10 comments.. read them below or add one }

kucing hitam kucing hitam October 23, 2012
tengok jugak video tu.Memang nampak dia lari kan dari kena simbah arak..
THE AUTHOR THE AUTHOR October 23, 2012
Apa nak buat dah budaya macam tu..sepatutnya penaja kena ubah ler stail tersebut...
AnonymousAnonymous October 24, 2012
itulah, kalau gantikan dengan air coke ke 100 plus dalam tin tu pun boleh, goncang-goncang terpancutlah air tu, tak payah pakai arak.
Unknown Unknown October 24, 2012
sokkabar hari ni pun ade berita pasal bende tu..mmg cool dia ni..
Unknown Unknown October 24, 2012
betul tu marlia~~ memang nampak dia blah time dorang bagi arak...
Unknown Unknown October 24, 2012
betul tu bro tp kadang bile dh jadi budaya, susah la mat saleh ni tukar..
Unknown Unknown October 24, 2012
tukar ngan botol kicap pon ok gak... :P
Unknown Unknown October 24, 2012
tak feel plak kot kalo bg mat saleh..
Unknown Unknown October 24, 2012
terang2 dia menolak pelawaan....
Unknown Unknown October 24, 2012
salute kat orang Islam mcm ni..kalo artis, mau nk mandi ngan arak..hehehehe