Teknik Curi Line Telefon


Aku teringat kisah masa aku belajar dulu. Dulu aku belajar di UiTM Arau. Masa tu tahun 2000 dan telefon bimbit ketika itu adalah luxury item dan bukan keperluan seperti sekarang. Pelajar-pelajar yang guna henset ketika tu adalah anak orang kaya sahaja dan aku pula adalah termasuk dalam golongan orang kebanyakan sahaja, tak mampu pun nak pakai henset. Jadi, telefon awam adalah alat perhubungan utama untuk berhubung dengan keluarga atau dengan buah hati.


Berbekalkan tunjuk ajar dari sepupu, aku berjaya curi line telefon awam di dalam kampus aku tu.Kalau ada pembaca yang satu kampus dengan aku, pasti tau tiga telefon awam di depan gerai berhampiran masjid. Bukan main seronoknya masa tu. Bayangkan, masuk duit 20 sen lepas tu bergayut 2 jam, letak saja gagang telefon, keluar lagi baki 20 sen. Pada masa tu, hanya ada beberapa buah telefon awam sahaja yang mungkin ada masalah dan boleh dicuri taliannya. Mulanya, teknik tersebut tidak diketahui oleh pelajar lain tetapi lama kelamaan aku perhatikan semakin ramai yang menggunakan teknik tersebut. Kemungkinan ilmu mencuri line tu diperturunkan kepada rakan-rakan.


Peluang untuk bergayut lama menjadi semakin kurang kerana ramai pelajar yang berebut menggunakan telefon tersebut. Kebiasaannya, waktu kemuncak ialah pada waktu malam kerana waktu kuliah telah tamat dan pelajar keluar untuk makan malam. Aku memang tidak berpeluang langsung untuk menggunakan telefon tersebut. Sebagai alternatif, aku menggunakan teknik tersebut pada waktu siang. Kuantiti pelajar agak kurang dan mudahlah aku mendapat peluang menggunakan telefon. Hendak dijadikan pengajaran pada aku, pada tengahari yang agak panas ketika aku seronok berbual di telefon, muncul abang Telekom dengan motornya di sebelah aku. Aku menggelabah sebab dah kantoi. Memang tak boleh nak menipu lagi. Tetapi aku berterima kasih kepada abang tu sebab tidak mengambil apa-apa tindakan pada aku dan cuma menasihati supaya tidak mengulangi perbuatan tak elok tersebut. Semenjak kejadian tu, aku insaf dan tidak lagi menggunakan teknik telefon percuma.


Semoga, pelajar-pelajar di luar sana pun tidak menggunakan teknik curi line ini kerana ia mendatangkan kerugian kepada pihak pembekal talian tersebut. Apalah kiranya kita membayar sahaja perkhidmatan yang telah mereka sediakan kepada kita.

2 comments.. read them below or add one

B.e.e.n.a. B.e.e.n.a. September 01, 2012
Eh,hye senior.saya pon belajar kat UiTM Arau. Tapi dah takde da public fon depan masjid tu:(
Unknown Unknown September 02, 2012
0wh..tak tau sbb dh tinggalkan arau lame sgt dh