Komplot dalam Masterchef Malaysia Musim Kedua


Siri Masterchef Malaysia Musim Kedua sudah hampir ke penghujungnya. Episod terakhir yang aku tonton ialah ketika peserta dari Kedah iaitu Nina tersingkir ketika pusingan penyingkiran. Empat peserta yang tinggal adalah peserta yang aku fikir agak tinggi taraf mereka. Nina yang tersingkir pula hanyalah seorang peniaga di Kedah. 
Aku dapat memikirkan yang penyingkiran Nina adalah dalam perancangan oleh pihak Astro sendiri memandangkan kerjaya beliau hanyalah sebagai seorang peniaga yang mungkin kurang memiliki nilai ekslusifnya berbanding peserta yang lain. Bila diimbas kembali, juara Masterchef Malaysia Musim Pertama adalah seorang doktor gigi dan jelas karier itu mempunyai nilai yang tersendiri dan mungkin boleh menjadi modal kepada pihak Astro untuk melabur lebih banyak kepada beliau yang pasti akan memberi pulangan yang lebih lumayan kepada Astro. Begitu juga keadaan sekarang di mana peserta yang tinggal adalah seorang arkitek, lepasan universiti, pelajar pentadbiran dan pegawai kerajaan. Mereka adalah calon yang sesuai untuk dinobatkan sebagai juara dan tidak rugi sekiranya Astro melabur kepada salah seorang daripada mereka ini kelak.
Jika benar telahan aku ini, ia adalah sesuatu yang sungguh tidak adil kepada mana-mana peserta yang telah berhempas pulas untuk melayakkan diri mereka bagi menyertai program ini. Pihak Astro sepatutnya terus menyatakan syarat bahawa hanya mereka yang berkarier hebat sahaja boleh menyertai program Masterchef Malaysia.

Nota kaki: Ini hanyalah pendapat peribadi aku sendiri dan tidak menyatakan ia adalah sesuatu yang benar-benar terjadi.

2 comments.. read them below or add one

THE AUTHOR THE AUTHOR November 30, 2012
Tapi kadang2 aku pun terfikir begitu..
Macam kes mawi dulu..tersingkir tapi diambil kembali kerana sangat popular dan terus menang!!
Kerana ia menguntungkan Astro..hemmm'
Inipun pendapat aku juga..hehehhehe
Unknown Unknown December 06, 2012
playsafe gak ke bro? hehehe