Keputusan perlawanan Malaysia VS Thailand untuk kempen Piala AFF
Suzuki 2012 yang berlangsung di Stadium Supachalasai, Bangkok.. Keputusan penuh
akan dikemaskini selepas tamatnya perlawanan tersebut.
Adakah Harimau Malaya akan mengamuk tentera bergajah atau tewas dilenyek Sang Gajah??

Malaysia tewas kepada Thailand dan Thailand layak ke akhir dengan kiraan agregat 3-1. Bagi aku, man of the match pada
malam ini ialah Farizal yang bekerja keras menyelamatkan banyak cubaan
berbahaya Thailand. Akhirnya hajat Thailand untuk mara ke final berjaya
setelah berbagai taktik keji digunakan untuk menjatuhkan moral
pemain-pemain Malaysia. Harus diingat, penyokong tegar Harimau Malaya
akan terus bersama-sama selamanya tidak mengira jatuh atau bangun
pasukan ini.
![]() |
Keputusan Malaysia Vs Thailand |