Orlando Bloom dan Babywearing

BENGKEL BABYWEARING ANJURAN SELAT TEBRAU BABYWEARERS DENGAN KERJASAMA UTM, SKUDAI



Babywearing? Apa perkara pertama muncul dalam kepala bila mendengar babywearing? Babywearing dalam bahasa Melayunya ialah Menggendong.
Di Malaysia sekarang makin ramai ibu dan bapa yang dah sedar tentang kebaikan dan kelebihan menggendong ni.

Babywearing bukan sekadar suka-suka atau tiru sahaja. Ia mempunyai teknik-teknik memakai dan skil yang betul untuk memberikan hasil yang selesa dan selamat kepada bayi anda. Antara jenis-jenis carrier untuk babywearing ini ialah soft structure carrier, ring sling, wrap dan lain-lain. Tetapi harus diingatkan bahawa terdapat juga carrier yang salah dan tidak sesuai untuk bayi anda seperti crotch carrier yang boleh mendatangkan kesan sampingan kepada perkembangan fizikal anak-anak anda.

Contoh carrier yang betul untuk anak-anak ialah seperti gambar-gambar di bawah.
Soft structure carrier, (Orlando Bloom pun pakai ssc)


Ring Sling
Wrap   
 Tapi jangan sesekali pakai yang macam ini..TOTALLY salah dan menyakitkan anak-anak.
Crotch Carrier (ui..sakit kaki baby tergantung camtu)

Crotch Carrier (bile besar mesti kengkang nanti)
Sehubungan itu, kumpulan SELAT TEBRAU BAYBYWEARERS dengan kerjasama UTM telah menganjurkan satu bengkel BABYWEARING untuk menerang dan mengajar cara-cara yang betul untuk menggendong anak-anak kesayangan anda. Segala maklumat asas telah disediakan dalam gambar pertama di atas. 

Sekiranya pasti berminat boleh mengisi borang online yang disediakan. Klik sahaja link di bawah.

*nota kaki: Tajuk memang gempak sebab nak tarik readers .Tapi memang ade Orlando Bloom  pun kan?

0 comment... add one now