Kartun Perosak Minda Kanak-Kanak



Pasti ramai di kalangan anak-anak pembaca yang gemar menonton cerita kartun. Tidak kira di stesen berbayar atau percuma atau di panggung wayang. Kartun dan kanak-kanak memang tidak boleh dipisahkan dan rancangan ini secara langsung memberi kesan kepada perkembangan emosi dan jatidiri kanak-kanak itu. Kesan langsung yang positif pasti membuat ibu bapa tersenyum dan gembira dengan perkembangan mental anak-anak yang sihat kesan dari menonton kartun. Antara rancangan yang boleh memberi impak baik pada kanak-kanak ialah seperti Barney, Sesame Street, Teletubbies dan yang seangkatan dengannya.

TETAPI, jangan disangka kesemua rancangan kartun yang disiarkan di televisyen itu memberi sesuatu yang positif, malah ada yang memberi impak negatif yang secara langsung tanpa ibu bapa sedari. Terus terang aku katakan bahawa antara rancangan yang selalu ditonton oleh kanak-kanak dengan kebenaran ibu bapa ialah contohnya Tom and Jerry, Doraemon dan Sin Chan memberi kesan yang sangat buruk kepada kanak-kanak. Misalnya Tom and Jerry, kartun ini mengisahkan tikus dan kucing yang selalu bertelingkah dan menggunakan unsur-unsur ganas seperti memukul, letupan, membaling barang dan berbagai lagi tingkah laku ganas yang pasti akan ditiru oleh kanak-kanak.  Doraemon pula menunjukkan Nobita yang pemalas dan hanya berharap kepada alat canggih dan futuristik tanpa berusaha gigih untuk mendapatkan sesuatu. Terakhir ialah Sin Chan, aku merasakan kartun ini mengandungi unsur lucah dan menggalakkan sikap biadap kanak-kanak kepada orang lebih dewasa.


Semua unsur ini akan bersebati di dalam diri anak-anak sekiranya tidak dibendung penyiarannya. Menonton tanpa pengawasan ibu bapa juga akan lebih memburukkan keadaan di mana anak-anak tidak diberi bimbingan secara terus sekiranya perlakuan di dalam rancangan tersebut menjurus kepada kejahatan. Sepatutnya ibu bapa perlu mengawal dan menapis jenis rancangan dan hiburan yang perlu diberi kepada anak mereka sekiranya tidak ingin perkara yang tidak diinginkan berlaku. Mencegah adalah lebih baik daripada mengubat.

Oleh itu, kesedaran ibu bapa dan stesen tv juga perlu bagi mengelakkan anak-anak generasi baru ini tidak dididik dengan perlakuan negatif hanya dengan menonton ttv. Ibu bapa juga perlu menggalakkan anak-anak melakukan aktiviti luar agar perkembangan mental dan fizikal mereka berkembang dengan baik dan seimbang.


3 comments.. read them below or add one

THE AUTHOR THE AUTHOR October 07, 2012
Cita power ranger..ultramen.ok
Unknown Unknown October 08, 2012
yg tu aku pon syok tgk bro..hehehe
Unknown Unknown November 20, 2012
terok la..ada lg banyak..tp lupa cartoon apa...ish3