CATCH THAT BUS

CATCH THAT BUS



Assalamualaikum.Bulan Ramadhan sudah masuk hari ke 10 dan bermakna kita ada 20 hari sahaja lagi untuk meneruskan ibadat berpuasa. Sesudah puasa, Hari Raya Aidilfitri pula akan menjelma. Wah, mesti anda semua gembira dan tidak sabar-sabar untuk pulang beraya. Apa? Pulang beraya? Anda balik kampung nanti macam mana? Kereta? Flight? Motor? Bas?

Bagi pelajar atau individu bujang, mungkin menaiki bas adalah paling efisien dan memudahkan tetapi tahukah anda bahawa tiket untuk pulang ke kampung telah mula dijual dan ada tiket yang sudah habis terjual. Contoh bagi saya, tiket untuk pulang ke Johor pada 1 Julai 2016 dari Putrajaya Sentral telah habis dijual. Macam mana saya tahu? Saya tidak perlu ke Putrajaya Sentral untuk bertanya status tiket di kaunter tetapi boleh menyemaknya di laman sesawang atau pun menggunakan aplikasi di telefon pintar sahaja.

Saya sebagai seorang weekend husband, selalu membeli tiket secara online melalui web CATCH THAT BUS yang membolehkan saya menyemak, menempah dan membeli tiket bas di komputer sahaja , boleh klik di SINI untuk melihat web tersebut. Perkara ini memudahkan semua orang kerana tiada lagi masalah beratur panjang, berhimpit-himpit serta membazir masa dan tenaga untuk membeli tiket di kaunter. Setelah selesai membeli tiket tersebut, ia boleh dicetak dan boleh digunakan ketika menaiki bas nanti.

Bagaimana sistem CATCH THAT BUS ini berfungsi? Di sini saya terangkan secara ringkas cara membeli tiket menggunakan sistem ini.

1. Masuk ke laman CATCH THAT BUS tersebut dan paparan seperti di bawah akan terpapar.
Paparan web CATCH THAT BUS terbaru

2. Pihak CATCH THAT BUS juga ada menyediakan tawaran diskaun terutama ketika musim perayaan dan anda boleh melihatnya dipaparkan di web mereka.

Diskaun yang berpatutan boleh menarik pelanggan untuk menggunakan perkhidmatan ini


3.Seterusnya, anda perlu memilih One Way Trip untuk perjalanan satu hala atau Return untuk perjalanan pergi-balik. Pilih dahulu lokasi stesen untuk menaiki bas, sebagai contoh saya memilih Putrajaya bagi stesen Putrajaya Sentral ke Johor Bahru bagi stesen Larkin. Di situ juga anda perlu memilih berapa bilangan tiket yang ingin dibeli dan tarikh perjalanan yang anda inginkan. Di sini belum ada pilihan masa. Seterusnya klik SEARCH (imej kanta) bagi membenarkan sistem mencari dan memilih perkhidmatan syarikat bas mana yang bersesuaian dengan pilihan pelanggan.



4. Ok, bagi perjalanan ke Johor Bahru, sistem hanya menemui satu syarikat bas sahaja yang menyediakan perkhidmatan bas ke Johor iaitu syarikat bas Plusline Sdn. Bhd dengan tiga pilihan waktu perjalanan. Boleh rujuk kepada gambar. Kita boleh memilih pilihan masa yang kita suka dengan klik SELECT dan sistem akan membuka satu lagi interface baru untuk tindakan seterusnya.



5. Setelah  klik SELECT, sistem akn memaparkan susun atur kedudukan kerusi di dalam bas yang mana kita boleh memilihnya sendiri. Kerusi yang diwarnakan kelabu ialah kerusi yang telah dimiliki oleh orang lain. Sekiranya kita telah memilih kerusi yang dikehendaki, ia akan ditandakan dengan warna hijau sebaik sahaja kita klik pada kerusi tersebut. Klik NEXT untuk ke proses seterusnya.



6. Sistem akan memaparkan maklumat berkenaan pembelian kita, seperti waktu bertolak, waktu dijangka sampai, dari mana dan nak ke mana, harga tiket dan meminta kita mengisikan nama dan nombor kad pengenalan kita untuk pengesahan ketika menaiki bas. Seterusnya, pilih PAY NOW untuk memuktamadkan pembelian tiket secara online ini.



7. Paparan terakhir ialah untuk pembayaran. Perkara yang wajib dan penting untuk dimasukkan ialah NAMA, NOMBOR TELEFON DAN EMEL...diulang...EMEL...ini kerana semua maklumat pembelian akan diemel kepada kita. Ia juga akan membolehkan pelanggan mencetak tiket online mereka seterusnya mengesahkan pembelian tiket tersebut.  Pembayaran boleh dibuat melalui empat saluran tetapi Online Banking adalah menjadi pilihan kebanyakan orang kerana ia mudah dan semua orang selesa menggunakan medium ini untuk membuat pembayaran. Terakhir sekali, klik PAY NOW setelah selesai mengisikan semua maklumat yang diperlukan dan tidak perlu tunggu lama, emel pengesahan akan dihantar kepada emel anda.



Selesai sudah proses pembelian secara online ini. Selain daripada web ini, para pengguna telefon pintar boleh mengakses aplikasi ini melalui telefon mereka dengan mencari aplikasi CATCH THAT BUS di Google Playstore atau anda boleh view aplikasi itu di CATCH THAT BUS FOR ANDROID USER

Tidak dinafikan lagi bahawa kecanggihan teknologi sekarang boleh memudahkan dan membantu kita dalam menguruskan kehidupan harian dengan teknologi-teknologi yang mesra pengguna.

0 comment... add one now