![]() |
Manchester United Vs Braga |
Manchester United meneruskan misi UEFA Champion League 2012/2013 dengan menentang pasukan dari Portugal, SC Braga di Old Trafford. United dikejutkan seawal minit ke 2 setelah Alan merembat masuk gol pertama. Gol awal tersebut mendedahkan kelemahan benteng pertahanan United yang turun tanpa tonggak utama iaitu Rio Ferdinand dan Patrice Evra. Gawang United terus dirobek pemain sama, Alan, setelah pemain itu menyudahkan hantaran Eder. Braga selesa mendahului permainan sebelum Chicharito merapatkan jurang gol dengan menanduk masuk lambungan cantik daripada Shinji Kagawa. Permainan banyak dikawal oleh United tetapi setiap serangan yang dilakukan dapat dihalang oleh pertahanan Braga yang bermain dengan sangat baik.

United terus membuktikan bahawa mereka adalah pasukan yang mampu membuat kejutan walaupun ketinggalan 2 gol. Ingat, sekiranya kita berusaha dengan gigih, kita pasti mengecapi kejayaan yang manis.
![]() |
Keputusan penuh perlawanan UCL 2012/2013 pada 24 Oktober 2012 |
click the icon and copy the shortcode
To insert emoticon you must added at least one space before the code.