![]() |
Zulfahmi, pemenang kedua GP Malaysia 2012 |
Minggu yang cemerlang buat rakyat Malaysia apabila mendapat banyak berita gembira dalam kancah sukan negara. Setelah Lee Chong Wei merangkul kejuaraan Terbuka Denmark 2012 Siri Super Dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF), kita dikhabarkan lagi dengan kejayaan Zulfahmi Khairuddin yang mendapat tempat kedua dalam perlumbaan GP Malaysia 2012. Kejayaan inilah memang patut dicontohi kerana beliau menunjukkan sikap melawan dan gigih berusaha untuk terus menaikkan nama negara. Memang boleh menjadi contoh teladan kepada anak muda dan mat rempit di luar sana.
Kejayaan ini sepatutnya membuka mata kepada semua pelumba haram di negara ini supaya dapat mencurahkan bakat dan kemahiran mereka ke jalan yang betul agar tidak mempersiakan nyawa mereka tanpa sebarang faedah kepada negara. Pihak yang bertanggungjawab telah menyediakan berbagai platform kepada anak muda Malaysia sebagai jalan untuk membawa mereka ke arah kehidupan yang sihat dan jauh dari gejala negatif yang boleh menyusahkan rakyat lain.
