Keputusan Malaysia Lawan Bangladesh


Perlawanan persahabatan terakhir pasukan Harimau Malaya sebelum berjuang untuk mempertahankan gelaran juara AFF Cup. Malaysia melayan kunjungan pasukan Bangladesh yang selalku di pandang sebagai pasukan belasahan di Stadium Nasional Bukit Jalil. Malang bagi pasukan Malaysia kerana sekadar mampu seri 1-1 dengan pasukan pelawat.
Malaysia pada mulanya bermula baik dengan mendahului perlawanan namun pada minit-minit akhir Bangladesh bangkit menyamakan kedudukan melalui sepakan penalti. Perlawanan ini sekali lagi menjadi medan eksperimen bagi jurulatih Malaysia sebelum menempuh ranjau sebenar di Indonesia. Setiap pemain kelihatan tidak dapat berinteraksi dengan baik sesama sendiri di dalam padang. Para pemain tidak menunjukkan prestasi yang sebenar seperti sebelum ini dan ini pasti menyedihkan ramai penyokong pasukan Malaysia yang mengharapkan kebangkitan Malaysia sebagai gergasi bola sepak Asia. Masih banyak yang perlu diperbaiki dan para pemain perlu berusaha untuk mendapatkan kesefahaman sesama mereka agar kejuaraan yang dipegang tidak terlepas kepada pasukan lain.

5 comments.. read them below or add one

Unknown Unknown November 20, 2012
seri la plop...adessss
Hanif Hanif November 24, 2012
Kasihan Malaysia..tapi aku dengar Rajagopal dah keluar senarai baru pemain...
Yang degil atau macam star dia OUT kan....
Hanif Hanif November 24, 2012
Mungkin sajer jer kot...tak nak tunjuk taring ....
Simpan utk pwelawanan sebenar..hahhaha